-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Tuesday, 21 August 2018

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemiling

Pada  malam 15 Ogos 2018 (Rabu), IPGKTHO telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Dewan Seri Budiman. Wakil YB Tuan Mohd. Kuzzan bin Abu Bakar, Pengerusi JK Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor merasmikan majlis tersebut.



DizzJ. (2018). Pelancaran Bulan Kebangsaan IPG Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO) 2018. Dicapai melalui https://youtu.be/_XKjoIZrALU

EKSPEDISI MERDEKA IPGKTHO (EMI) 2018

IPGKTHO telah merancang program bersiri bagi memeriahkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan bagi menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kepada Malaysia, ibu pertiwi kita. Antaranya ialah Ekspedisi Merdeka IPGKTHO yang diadakan pada 16 Ogos 2018 (Khamis). Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk pengembaraan ke Bukit Botak dan mengibarkan Jalur Gemilang, memancing, mengadakan perkhidmatan amal di Kg Pt. Yusuf, Pt. Sulung, Batu Pahat dan lain-lain lagi.

Semoga program sebegini selain daripada meraikan kemerdekaan Malaysia yang tercapai pada 61 tahun yang lalu, dapat juga mempertingkatkan semangat cintakan negara, di samping mengeratkan silaturrahim antara warga IPGKTHO serta penghuni tempatan.



Klik untuk melihat: Buku program  | Album

Thursday, 12 April 2018

PEMINDAHAN SITE JABATAN ILMU PENDIDIKAN

Salam sejahtera.

Site Jabatan Ilmu Pendidikan telah berpindah ke platform rasmi WordPress Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn.

Anda boleh klik pautan yang berikut atapun scan QR Code untuk mencapai site yang baru:



Sekian sahaja. Harap maklum.