-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Flipped Classroom

          Pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah tradisional ialah Guru mengajar dengan tujuan penyampaian maklumat ketika interaksi secara bersemuka dengan murid-muridnya. Murid-murid perlu mengusahakan pelbagai jenis bentuk latihan dan aktiviti susulan untuk pengukuhan konsep dan kemahiran di rumah pula.


         Pada tahun 2007, Jonathan Bergmann & Aaron Sams yang bertugas di Woodland High School, Colorado, U.S.A memulakan pelaksanaan kaedah pengajaran "Flipped Classroom" (Flipped Classroom Model) ataupun "Flipped  Learning"  yang mengutamakan pendekatan konstruktivisme di mana penggunaan waktu dalam bilik darjah fokus kepada aktiviti pembelajaran. Kaedah pembelajaran ini menekankan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran, reka bentuk pengajaran secara hybrid (ataupun blended learning).  Ia melibatkan interaksi bersemuka dan juga pembelajaran kendiri secara atas talian menggunakan podcast kursus.

Tujuan awal mereka melaksanakan kaedah pengajaran ini adalah untuk membantu pelajar yang tidak hadir ke sekolah berpeluang untuk mempelajari konten yang telah disampaian dalam bilik darjah pada masa itu.

(sumber: The University of Texas at Austin, 2015)



          Sebagai persediaan, guru menyediakan bahan pembelajaran secara atas talian dalam format video, persembahan elektronik, podcast, tunjukcara, buku, tugasan membuat pencarian maklumat melalui internet, dan lain-lain lagi sebagai bahan pembelajaran. Pelajar perlu membacanya sebelum bertemu dengan guru dalam interaksi bersemuka (Wilson, 2016). Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku di kelas, guru pula akan melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti pembelajaran secara aktif bagi membantu membetulkan konsep yang salah, membantu pelajar mendalami aspek kontent dan kemahiran yang lebih rumit dan sukar untuk tujuan pembelajaran kendiri, membimbing pelajar mengaplikasi konsep dan kemahiran dalam tugasan yang authentik demi pembelajaran yang lebih mendalam (deep learning) (The University of Texas at Austin, n.d., Wilson, 2016).

Read more :


Klik untuk membaca halaman: 1 | 2 | 3

No comments: