-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Google Educator Group (GEG)

Google Educator Group (GEG) merupakan komuniti pendidik yang menggunakan Platform Google bagi bertukar idea dan berkongsi pengalaman dalam usaha mengintegrasikan pelbagai teknologi, khususnya Google Apps For Education (GAFE) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Sejak tahun 2014, GEG mula bertapak di Malaysia dan kini sudah ada 40 buah Chapter di seluruh Malaysia. Bagi negeri Johor sahaja, terdapat tujuh buah Chapter GEG seperti yang berikut:
Klik pautan yang berikut bagi mengunjungi laman web Chapter GEG:

 Setiap Chapter akan menganjurkan aktiviti dan pertemuan secara berkala pada hujung minggu ataupun semasa cuti sekolah. Program-program seumpama ini adalah percuma dan terbuka kepada pendidik yang berminat untuk mempelopori bidang teknologi pendidikan.

Ia merupakan komuniti pembelajaran (Learning Community) yang mengamalkan semangat "Learn, share, inspire, empower" bagi membantu para pendidik berkongsi idea dan maklumat, mempelajari, mempraktikkan pelbagai teknologi pendidikan di samping meningkatkan keupayaan guru mengintegrasikan pelbagai teknologi dalam P&P dapat juga memperkayakan pengalaman pembelajaran murid agar mempromosikan gaya dan kemahiran pembelajaran abad ke-21.

Klik pautan yang berikut untuk mengikuti panduan penggunaan Google Apps For Education:

No comments: