-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Program Pendidikan Inklusif - Pengenalan

Pengenalan | English | B. Cina

Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas (MBK) adalah istimewa, mempunyai kepelbagaian kebolehan dan mempunyai hak yang sama rata bagi mendapatkan akses pendidikan yang berkualiti di semua sekolah.

Menurut Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (UNESCO 1994):
“Regular schools with an inclusive orientation are the most effective means of combating discriminatory attitudes, creating welcoming communities, building an inclusive society and achieving education for all.......”

Convention on the Rights of Persons with Disabilities (UN, 2006) pula mempunyai pendirian bahawa:
“persons with disabilities have the right to undiscriminatory education and equal opportunity to inclusive education at every level of learning and long life learning”.

Model Program Pendidikan Inklusif (PPI) di Malaysia pula memberikan takrif yang berikut:
“Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.”

Kementerian Pendidikan Malaysia  melaksanakan pendidikan khas di Sekolah Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah kerajaan atau
bantuan kerajaan pada peringkat pra-sekolah, rendah, menengah dan lepas menengah. Di peringkat pendidikan antarabangsa, konsep pendidikan inklusif telah diletakkan sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan Untuk Semua”. Aspirasi pendidikan inklusif ini juga telah dikongsi oleh pakar pendidikan dan profesional yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan khas.

Yang berikut merupakan maklumat berkenaan Konsep Program Inklusif yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia:

Klik untuk mencapai:

No comments: