-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Showing posts with label Jubli Perak IPGKTHO. Show all posts
Showing posts with label Jubli Perak IPGKTHO. Show all posts

Monday, 2 April 2018

Kempen Derma Darah Sempena Sambutan Jubli Perak IPGKTHO

Staf Hospital Pakar Sultanah Nora Ismail menganjurkan Kempen Derma Darah di Balsis pada 2 April 2018 sempena sambutan Jubli Perak IPGKTHO.

Warga IPGKTHO, termasuk En. Mohd Rosman bin Salubin, selaku Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan merangkap Pengerusi Pameran dan Karnival Keusahawanan, JK Sambutan Jubli Perak telah melibatkan diri untuk menderma darah.

Mudah-mudahan sumbangan derma darah ini membawa manfaat kepada pihak yang memerlukannya.

Sunday, 1 April 2018

Aktiviti Pameran Sempena Sambutan Ulangtahun ke-25 Jubli Perak IPGKTHO

IPGKTHO mengadakan aktiviti pameran pada 1-2 April 2018 sempena sambutan ulangtahun ke-25 Jubli Perak IPGKTHO. En. Mohd Rosman bin Salubin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan telah diberikan tanggungjawab untuk menyelaras Aktiviti Pameran. Seluruh warga jabatan memberikan kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan projek ini.

Jabatan Ilmu Pendidikan telah mengadakan pameran bertema "Kemenjadian Murid" yang mempamerkan pelbagai projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.



  

Selain daripada mempamerkan produk inovasi yang menang dalam Pertandingan Inovasi, projek inovasi digital yang menggunakan Scratch, MBlock dan Arduino turut dipamerkan dan memperolehi sambutan yang menggalakkan.