-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Thursday, 4 February 2016

Program Integrasi Multisensori IPGK Tun Hussein Onn

Klik untuk membaca:




Mesyuarat Penyelarasan Program Integrasi Multisensori IPGKTHO

Tarikh  : 04 FEB 2016 (Khamis)
Tempat: Bilik Pengajaran Mikro, Bangunan Ilmu Pendidikan, IPGKTHO

         Jabatan Ilmu Pendidikan telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Integrasi Multisensori dengan menjemput Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Khas dari tiga buah sekolah yang berhampiran sebagai program kolaboratif antara jabatan. 



 
      Program ini bertujuan menyediakan program intervensi bagi murid prasekolah IPG dan sekolah angkat IPG yang mengalami masalah lewat perkembangan atau masalah pembelajaran yang memerlukan intervensi awal. Buat permulaan dua program intervensi yang akan dijalankan adalah intervensi bagi murid autisme dan disleksia.  Selain itu, aktiviti sepanjang tahun dirancang dengan beberapa bengkel, kursus dan karnival bagi Pendidikan Khas, Pemulihan dan Pendidikan Awal kanak-kanak.

 
(Dari kiri: Pn. Norashikin bt. Jasmon, Pn. Hjh. Maznah bt. Madu dan Pn. Rozita bt Rahmat)
          Di samping membincangkan penyelarasan program dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Integrasi Multisensori, pensyarah-pensyarah daripada bidang Pendidikan Khas dan Pendidikan Pemulihan turut berkongsi idea dan maklumat bagi membangunkan lagi pendidikan murid masalah pembelajaran.


Selepas mesyuarat, hadirin turut melawat ke Bilik Multisensori IPGKTHO.



Klik untuk membaca:




Post a Comment