Mulai tahun 2017, Pembelajaran Sains Komputer yang diintegrasikan dalam Sains dan Matematik akan bermula pada Tahun 3 pada peringkat sekolah rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Pemberitahuan ini telah disiarkan melalui Sistem Guru Online. Menurut artikel yang tersiar, tercatat maklumat yang berikut:3 Point Utama Ialah :
1. Sekolah Rendah = Pembelajaran sains komputer akan mula diintegrasikan bermula daripada darjah tiga dimana ia akan diintegrasikan dalam mata pelajaran sains dan matematik.
2. Sekolah Menengah = Hadir sebagai mata pelajaran berasingan. Mungkin ada subjek baru iaitu Sains Komputer.
3. Ujian rintis untuknya telah dilakukan sebelum ini, dan ia dijangka diperkenalkan secara meluas bermula tahun hadapan.Rujukan
Aflah. (2016). Sains Komputer Mula diintegrasikan Bermula Darjah Tiga dalam Subjek Matematik & Sains. Dicapai pada 20 Julai 2016 daripada http://www.sistemguruonline.my/2016/07/sains-komputer-mula-diintegrasikan.html.





No comments:
Post a Comment