Guru akan menayangkan soalannya melalui paparan projektor LCD manakala pelajarnya pula dapat menjawab soalan melalui komputer, ipad, tablet dan telefon bimbit.
Untuk menyediakan Permainan pembelajaran, terlebih dahulu guru perlu daftarkan akaun guru di https://getkahoot.com/. Guru perlu merancang dan menyediakan permainan pembelajaran dalam bentuk Kuiz, Perbincangan dan Kaji Selidik yang bersesuaian dengan objektif pembelajaran. Beliau dapat pratonton, mainkan Kuiz dalam sesi interaksi bersemuka ataupun berkongsi permainan tersebut dengan pelajar yang memiliki akaun Kahoot!
Selepas pendaftaran, untuk mengunjungan ke laman web Kahoot!, guru hanya boleh terus login menggunakan URL https://create.kahoot.it/
Pelajar pula boleh terus main tanpa mendaftarkan diri. Mereka hanya perlu menaip URL https://create.kahoot.it/ dalam address bar dalam mana-mana pengimbas web. Namun begitu, pelajar yang memiliki akaun di Kahoot! berpeluang mencapai pelbagai jenis permainan yang terdapat di Kahoot! pada sesi bukan bersemuka.
Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk butiran yang berikut:
K!Academy. (2016). Create, Play, Discover, Share: The Kahoot Guide to creating & playing learning games. Ist ed. https://files.getkahoot.com/academy/Kahoot_Academy_Guide_1st_Ed_-_March_2016.pdf
No comments:
Post a Comment