-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Friday 9 September 2016

Bagaimana ibu bapa boleh menyokong perkembangan mental anak ketika bermain..

  • Semasa bermain dengan anak, berikan masa anak bergembira dan memberi respon terhadap apa yang anda tunjukkan.  Respon yang diberikan menjadikan mereka lebih kreatif dengan cara menyoal semula kepada anda.  
  • Berikan masa untuk anak bermain bersendirian selain bermain dengan rakan-rakan sebayanya kerana ia membantu anak mencuba jaya dan menggalakkan anak belajar menunjukkan kebolehannya dengan cara yang unik.  Ini memberikan penghargaan kendiri positif jika dapat ditonjolkan ketika bermain bersama rakan sebayanya.
  • Simpan peralatan main yang istimewa sebagai simpanan ketika memujuk anak yang tantrum, bosan, demam atau dalam mood yang tidak menentu.
  • Bantu anak berkongsi peralatan main bersama adik eradik atau rakan yang baharu bermula dari peringkat awal lagi.  Ini membantu memupuk kemahiran interaksi sosialnya.
  • Galakkan anak mencari kaedah bermain yang berbeza atau manipulasi peralatan main yang sama bagi merangsang minda mereka lebih kreatif dan kritis.
  • Galakkan anak menyimpan semula peralatan main yang ada sebelum main dengan peralatan main yang baharu.  Ini membantu menstrukturkan semula cara berfikir mengikut turutan yang betul.
  • Elakkan bermain bersama anak sehingga hampir waktu tidurnya kerana ia akan mengganggu kepuasannya bermain.  Mereka sukar melelapkan mata atau tidak mahu tidur langsung kerana terlalu seronok bermain.
  • Jika anak anda suka bermain dengan peralatan yang bersepah-sepah, galakkan mereka bermain dalam kumpulan supaya mudah untuk mereka mengemas bersama-sama.  Kerjasama ini membantu mereka memahami konsep nilai murni seperti nilai bekerjasama, kebersihan dan lain-lain lagi secara tidak langsung.


No comments: