-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Wednesday 7 December 2016

The MyDigitalMaker Movement

Klik untuk membaca:

Pengenalan | Senario Malaysia | MyDigitalMaker Movement


Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah mengasaskan Pergerakan MyDigitalMaker (The MyDigitalMaker Movement) bagi membangunkan generasi muda yang dapat menceburkan diri dalam dunia penciptaan projek digital yang bukan sahaja dapat mengukuhkan pemikiran komputasional yang membantu menyelesaikan masalah, bahkan membina insan yang prihatin dan berempati dengan kehadiran dan masalah yang dihadiri oleh manusia sejagat.

MDEC bersama partnernya telah berusaha mengadakan pelbagai program bagi membangkitkan minat murid dan peluang untuk mempraktikkan kemahiran mencipta secara kreatif yang berupaya menyelesaikan masalah autentik, berkolaborasi, berkomunikasi dalam senario sistem pendidikan dan juga aktiviti luar semasa cuti.


Faisal Hassan. (2016). #MyDigitalMaker. [Video file]



Usaha ini perlu bermula dengan komitmen guru merekabentuk pendekatan pembelajaran inkuri dan pedagogi pembelajaran berasaskan projek. Pelajar diberikan masalah autentik supaya mereka dapat gambaran tentang senario dunia yang sebenar, menyelidik dan menghubungi manusia supaya menjadi prihatin dengan pengalaman dan perasaan orang lain, dan dengan jujur dan ikhlas berusaha untuk mencarikan penyelesaian kepada pelbagai masalah.

TED. (2015). How I teach kids to love science | Cesar Harada | TED Talks. [Video file].

Peralatan (Softwares) dan perkakasan (hardwares) yang boleh digunakan menyediakan persekitaraan bagi membolehkan pelajar berkolaborasi untuk menyelidik, mencuba dan menghasilkan prototaip, memurnikannya bagi mengasah pemikiran komputasional dan menyelesaikan masalah. Program seperti Young Innovate menyediakan platform untuk penyelidik dan perekacipta digital muda bertemu dan bertukar fikiran.


Salah satu usaha ialah penggunaan Arduino, suatu persekitaran sumber terbuka yang untuk membina projek elektronik yang mengasaskan kemahiran robotics.


MakeUseOf. (2014). Thinking about getting an Arduino? Watch this. [Video file]

Terdapat pelbagai bahasa pengaturcaraan yang membolehkan pelajar mencipta dan menggerakkan ciptaan digital ataupun Roboticsnya, misalnya mBlok, mBoot, MindStorm ev3 dll. Yang berikut merupakan pengenalan kepada perisian aplikasi mBlock yang menyerupai Scratch Programming.




Bacaan Lanjut:

Klik untuk membaca:

Pengenalan | Senario Malaysia | MyDigitalMaker Movement

No comments: