-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Monday 30 January 2017

Classroom Tools - Random Name Picker

Random Name Picker merupakan Apps yang boleh digunakan untuk memilih nama pelajar secara rawak, khususnya untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti pelajaran. Terdapat pelbagai perkhidmatan yang seakan-akan sama. Apps yang diperkenalkan di sini merupakan Random Name Picker secara dalam talian yang disediakan secara percuma oleh ClassTools.net.

Langkah-langkah penggunanya ialah:
  1. Klik pada URL yang berikut untuk akses kepada Random Name Picker di ClassTool.net:
    https://www.classtools.net/random-name-picker/
  2. Klik pada butang "Edit/Save".
  3. Menggantikan senarai nama yang sedia ada dengan senarai nama anda.
  4. Klik butang "Save".
  5. Set kata laluan untuk mengedit senarai nama tersebut.
  6. Klik butang di tengah-tengah roda putaran, maka proses putaran bermula. Ia akan memilih nama secara rawak.
  7. Selepas pilihan nama terpapar, klik butang "Remove" untuk mengeluarkan nama tersebut daripada senarai nama supaya ia tidak dipilih sekali lagi.
  8. Ulangi proses pemilihan nama secara rawak seberapa banyak kali yang diperlukan.
Adalah disyorkan agar anda mendaftarkan akaun pengguna dengan ClassTools,net agar dapat akses kepada akaun dan mengguna pakai bahan yang telah dihasilkan.

Anda boleh membenam (Embed) fail yang anda simpan ini dengan mengeklik burang "Share/Embed" untuk mendapatkan kod yang berkaitan.

No comments: