(Sumber imej: https://www.youtube.com/watch?v=m_5u8-QSh6A) |
Tahukah anda otak tengah merupakan super controller yang dapat mengatur keseimbangan otak kanan dan otak kiri. Sayangnya otak tengah kebanyakan orang dalam keadaan tertidur (tidak aktif). Kepentingan penggunaan otak tengah yang aktif membantu kanak-kanak meningkatkan daya ingatan dan pengamatan semasa mereka belajar. Keseimbangan otak tengah juga membantu emosi yang lebih stabil kerana ia mengatur hormon dalam badan. Impaknya kanak-kanak akan lebih aktif dan sihat .
Salah satu ciri otak tengah yang aktif adalah kemampuan anak untuk melihat denagn mata yang tertutup. Kemampuan ini sangat fenomenal dalam dunia pendidikan. Latihan untuk mengaktifkan otak tengah digambarkan sebagai jambatan penghubung otak kanan dan otak kiri. Jadikan otak tengah sebagai pemacu perkembangan otak kanak-kanak. Jika kedua-dua otak ini bekerja bersama-sama, kapasiti otak secara umum akan meningkat secara drastik.
Otak tengah mengendalikan banyak fungsi bagi sistem pendengaran dan penglihatan. Ada juga bahagian dari otak tengah iaitu nucleus merah dan substantia nigra bertugas mengawal pergerakan badan. Oleh yang demikian, jika gaya pembelajaran kanak-kanak banyak diserap melalui audio, visual dan kinestetik, maka ia menambahkan peningkatan konsentrasi mereka. Maka dengan itu mereka lebih cepat menyerap konsep awal dengan mudah. Sebagai pendidik kanak-kanak, kita perlu banyak memberi latihan dan aktiviti hands-on dan minds-on yang mengulangi pergerakan secara bersilang atau seimbang kanan dan kiri bagi sihat emosi, mental dan fizikal..
No comments:
Post a Comment