Tn. Hj. Jamal Mohd Nasir bin Atan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan |
Tn. Hj. Jamal Mohd Nasir bin Atan, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan akan bersara wajib pada 2 Februari 2017 pada usia 60 tahun.
Selama 14 tahun beliau berkhidmat di Institut Pendidikan Guru, memberikan sumbangan bakti dalam pelbagai bidang, termasuk menjadi Pengacara Majlis Rasmi, IPGKTHO, Penyelaras Program Pensiswazahan Guru sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan. Beliau terus bersedia belajar berterusan sepangjang hayat untuk menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran pelbagai walaupun sudah kanan dalam pangkat dan jawatan. Beliau juga amat aktif dan cergas dalam sukan dan permainan seperti golf serta petanque.
Beliau merupakan Ketua Jabatan yang bertanggungjawab, prihatin dan bersifat penyayang. Beliau berusaha mengeratkan hubungan silaturrahim warga jabatan, bersedia mendengar pandangan dan masalah yang berjumpa dengan beliau.
Klik untuk bacaan lanjut:
- Majlis Serah Tugas - Terima Tugas Ketua-Ketua Jabatan
- Perhimpunan Bulanan Bil.1/2017& Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi : 1 | 2 | 3 | 4 | Brosur | Video | Album
- Majlis Kasih Disemak Bakti Dituai: 1 | 2 | 3 | Album | Padlet
- Majlis Persaraan di Hotel Catherina, Batu Pahat | Album
- Majlis Persaraan di Masjid At Tarbiah: 1 |Clock-Out | Album
No comments:
Post a Comment