-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Sunday 29 January 2017

Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2017


Mengikut kalendar Cina, pada 1 hari pertama pada setiap tahun adalah Tahun Baru Cina. Inilah waktunya musim bunga bermula di tanah besar China.

Bagi memudahkan rakyat jelata mengingat masa, setiap tahun akan dikenali dengan nama 12 jenis  binatang secara bergilir-gilir, pada tahun ini adalah Tahun Ayam (The Year of the Rooster).


Walau bagaimanapun, sekiranya mengikut sistem penamaan tradisional pengiraan TianGan dan DiZhi (天干与地支), sistem penamaan tahun terdiri daripada kombinasinya menjadikan nama sesuatu tahun akan berulang pada setiap 60 tahun, tahun 2017 pula dikenali sebagai  Tahun "DingYou" (丁酉年) (Wikipedia, 2017, Jan 28).

Semua keluarga akan bersiap sedia untuk menyambut tahun baru sebelum anggota yang merantau ke luar kampung halaman kembali untuk bersatu dengan keluarga. Video yang berikut memberikan gambaran tentang persediaan untuk perayaan ini:
Learn How to Chinese. (2014). Chinese New Year - Chinese culture about how Chinese people prepare and celebrate Spring Festival. [Video file].  https://www.youtube.com/watch?v=o7xcJF8p-Tk

Malam sebelum Tahun Baru Cina merupakan hari yang amat penting kerana semua anggota keluarga yang bertugas di luar kampung halaman akan kembali dan mengadakan makan malan bersama keluarga. Tradisi pemberian "ang pau" merupakan doa restu orang tua kepada generasi muda agar sihat dan sejahtera. Pada malam ini seisi keluarga akan berjaga sehingga keesokan harinya dengan harapan berdoa untuk memberkati orang tua dengan kesihatan dan usia yang panjang. Mengikut legenda, berjaga sepanjang malam bagi memastikan semua selamat daripada ancaman raksasa bernama "Nian". Yang berikut merupakan video tentang legenda Nian dan asal usul kaum Cina menggemari warna merah dan membakar mercun pada tahun baru Cina:

Matt Lovett. (2014), BCPS Chinese - Story of Nian. [Video file]. https://www.youtube.com/watch?v=P1AKwg7Ng2s

Video yang berikut memberikan penerangan ringkas tentang beberapa amalan budaya Cina, khususnya ketika Tahun Baru Cina:
NTDonChina. (2014). Discovering China - Chinese New Year! [Video File]. https://www.youtube.com/watch?v=2EUsmbqnuw8

Klik pautan yang berikut untuk menonton video lain yang bertemakan sambutan Tahun Baru Cina:

Walau bagaimanapun, hari ke-9 pada Tahun Baru Cina merupakan hari perayaan utama untuk suku Kaum Hokien, malah lebih meriah lagi daripada hari pertama. Mengikut legenda, ketika Dinasti Ming, perkampungan nenek moyang kaum Hokien diserang oleh lanun Jepun dan membunuh ramai penduduk di situ. Sebahagian penduduk tempatan yang sempat bersembunyi di kebun tebu terselamat daripada dibunuh. Selepas lanun beredar dari situ, mereka keluar dengan selamat pada hari ke-9 tahun baru tersebut. Mereka percaya bahawa mereka telah diselamatkan oleh TiGong (天公Jade Emperor), dewa yang maha berkuasa telah menyelamatkan mereka (Zaobao, 2016),  dan meraikan hari ke-9 pada setiap tahun baru Cina bagi mengingati peristiwa tersebut.

Rujukan

No comments: