-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Thursday 23 March 2017

Classroom Management Workshop

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing, shoes and outdoor

Pada 20-21 Mac 2017 (Isnin-Selasa), Cik Sumitra Kan telah menghadiri Classroom Management Workshop anjuran bersama Share Star Malaysia dengan Bubble Dragon MS di SM Foon Yew, Tmn. Stulang Laut, Johor Baru.

Penceramahnya En. Li CongJian merupakan pendidik Republik China (Taiwan) yang terkenal dengan kaunseling individu khususnya aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar serta kaunseling keluarga. Beliau telah menyampaikan teknik berbual dengan klien berdasarkan Model Aisberg Satir.

Model Aisberg Satir menyarankan bahawa setiap tingkah laku yang eksplisit sebenarnya didorong oleh perasaan, persepsi, jangkaan, keperluan dan imej kendiri yang tersirat.

Model ini diasaskan oleh Virginia Satir yang merupakan pengamal kaunseling keluarga.

En. Li telah menggunakan kajian kes beliau bagi menerangkan teknik perbualan yang berjaya membantu klien mengenalpasti perasaan, persepsi, jangkaan, keperluan dan imej kendiri. Ia juga menunjukcara bagaimana membantu klien mengikat kontrak untuk memikul tanggungjawab mengubahsuai tingkah laku bagi menangani masalah yang dihadapi.

No comments: