-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Wednesday 1 March 2017

Mesyuarat Pemurnian Teknikal Modul TOT Kemahiran Pemikiran Komputasional

Pada 27 Feb 2017 hingga 1 Mac 2017, Cik Sumitra Kan telah menghadiri Mesyuarat Pemurnian Teknikal Modul Training Of Trainers Kemahiran Pemikiran Komputasional di MDEC Knowledge Worker Development Centre, Cyberjaya. Mesyuarat ini adalah aktiviti susulan anjuran IPGM untuk memurnikan modul yang digubal secara kolaboratif oleh sepuluh orang pensyarah IPGK yang telah lulus Sijil Jurulatih Pengajaran Kemahiran Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer yang diakreditasi oleh British Computing Society (BCS).

Modul ini digubal dengan tujuan memberikan pendedahan kepada warga IPGK tentang konsep Kemahiran Pemikiran Komputasional dan contoh pelaksanaan aktiviti pembelajaran "Unplugged" dalam pelbagai subjek pengajian PISMP dan PPISMP.

Image may contain: 1 person, eyeglasses and indoor Image may contain: people sitting, screen, office, table and indoor Image may contain: 1 person, sitting

Panel Penyunting modul ini pula terdiri daripada empat orang pensyarah IPGK, iaitu seorang wakil daripada IPGKTHO, tiga orang Panel Penyunting yang lain pula adalah pensyarah IPGK Teknik.

No comments: