-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Monday 3 April 2017

"Free Market" dan Program “Sadaqah Till Jannah” Sempena Sambutan Hari IPGKTHO

Pada 9-10 April 2017 (Ahad-Isnin), Jabatan Ilmu Pendidikan akan mengadakan "FREE MARKET" ruang legar berdekatan dengan pintu masuk ke luar Bangunan Ilmu Pendidikan.

Projek ini bermatlamat untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli barang kegunaan mereka dengan mendapatkannya secara percuma atau dengan sedikit bayaran. Di samping itu hasil jualan yang diperoleh adalah untuk tabung bagi Program “Sadaqah Till Jannah”. Melalui projek ini juga mampu mendidik peribadi dan mengajar secara langsung erti berkongsi kepada pihak yang lebih memerlukan.

Kepada Sesiapa yang ingin menyumbangkan item yang baru ataupun yang terpakai untuk jualan di "Free Market" nanti, sila hubungi :
  • Pn. Hjh. Fadhilah binti Hj Aspar (Penyelaras Projek ), ataupun
  • Pn. Hjh. Haslina binti Muhamad (Penolong Penyelaras Projek)
untuk maklumat lanjut.

Kehadiran anda sekalian amat dialu-alukan. Berjumpalah kita di "Free Market" JIP nanti!

Klik untuk melihat: Pengenalan | Flea Market | Album

No comments: