-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Wednesday 19 July 2017

Taklimat bersama Timbalan Rektor IPGM

Pada 18 Jul 2017 (Selasa), Timbalan Rektor IPGM, Dr. Hjh. Rusmini binti Ku Ahmad buat pertama kalinya mengunjungi IPGK Tun Hussein Onn (IPGKTHO) untuk memberikan taklimat berkenaan Transformasi Fungsi IPG kepada TVET di Dewan Sri Budiman pada pukul 9 pagi.

  

Beliau telah memberikan penerangan ringkas tentang senario transformasi fungsi IPG kepada TVET dan membuka sesi soal jawab kepada waraga IPGKTHO untuk bertanyakan maklumat tentang penyuraian. Walaupun tidak semua pertanyaan dapat jawapannya, sekurang-kurangnya inilah julung-julung kalinya warga IPGKTHO menerima taklimat rasmi mengenai kedudukan institut.

  

Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada KESTHO yang telah menyediakan satu set lapan buah soalan yang meminta penjelasan tentang kedudukan dan kebajikan warga institut, khususnya kalangan staf akademik. Senarai soalan ini telah diterima oleh Dr. Hjh Rusmini untuk rujukan dan pertimbangan selanjutnya.

  

No comments: