-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Friday 11 August 2017

Bengkel dan Latihan Frog VLE Fasa 2 Institut Pendidikan Guru

Pada 9-10 Ogos 2017 (Rabu-Khamis), Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi IPGM telah menganjurkan Bengkel dan Latihan Frog VLE Fasa 2 Institut Pendidikan Guru di Grand Beach Resort, Port Dickson. Cik Sumitra Kan Fong Kuen telah mewakili IPGKTHO menghadiri Bengkel dan latihan tersebut.

 Image may contain: 1 person, standing Image may contain: 2 people, people sitting Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor Image may contain: 2 people, people sitting and indoor Image may contain: 1 person

Penyelaras Frog VLE daripada 19 buah IPGK di seluruh semenanjung Malaysia telah hadir untuk menerima ID Penyelaras Frog VLE sebenar bagi menggantikan instances latihan yang diterima melalui Jurulatih Utama pada tahun 2012.

 Image may contain: 1 person, sitting 
Image may contain: 21 people, people smiling, people standing

Walau bagaimanapun, yang sedihnya ialah IPG masih tidak dilibatkan dalam peruntukan Projek 1Bestarinet. Dengan ini, IPGK tidak akan menerima sebarang sokongan infrastruktur seperti 1Bris, Zoom, Dongle, Chrome book dan handphone Altitude. Lebih-lebih lagi, penyelaras IPGK perlu mewujudkan akaun pengguna supaya maklumatnya dimasukkan data ke dalam APDM sedangkan pihak sekolah diberikan perkhidmatan penyediaan data penggunh.

Ini adalah amat tidak adil dan membebankan penyelaras IPGK yang menjalankan tugas mengajar, pengurusan, penyeliaan praktikum, R&D dan sebagainya.

Yang berikut merupakan pautan ke Halaman Utama Frog VLE yang dibangunkan oleh Penyelaras dan Admin Frog VLE IPGKTHO:

No comments: