-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Monday 5 March 2018

Majlis Persaraan Pn. Hjh Maznah binti Madu

Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Rasmi IPGKTHO telah berusaha sama dalam pengelolaan Perhimpunan Bulanan dan meraikan persaraan Pn. Hjh Maznah binti Madu pada 5 Mac 2018 (Isnin) yang bertempat di Dewan Seri Budiman.

 
Sebagai penghargaan kepada perkhidmatan cemerlang dan sumbangan ikhlas Pn. Hjh Maznah, Pengarah telah menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada beliau. Perwakilan pelajar telah menyampaikan cenderahati serta membuat persembahan medley untuk menyampaikan penghargaan mereka terhadap sumbangan bakti beliau sepanjang perkhidmatan beliau di IPGKTHO.

   

En. Anuar Ramle, suami Pn. Hjh Maznah, dan putera puteri beliau, Nurwina Akmal bt Anuar serta Faizul Adlan bin Anuar turut hadir bagi memeriahkan lagi suasana majlis yang bermakna ini.

     

Pn. Hjh Maznah yang bermurah hati telah menjamu segenap lapisan IPGKTHO dengan juadah yang lazat. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Maznah, semoga diberkati dengan rezeki dan kesihatan yang berterusan dan berbahagia bersama keluarga.



No comments: