Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP), sebuah Jabatan Akademik yang melaksana program latihan keguruan peringkat PPISMP dan PISMP, dan juga menawarkan perkhidmatan anjuran Kursus Pembangunan Profesionalisme ( CPD) kepada agensi-agensi kerajaan. JIP telah membantu PDRM Muar menyumbangkan tenaga mengajar bagi Kursus Teknik Mengajar PDRM jangka pendek selama tempoh tuga bulan hampir sepuluh tahun. Pada tahun ini, kursus ini bermula dari 14/08/2016 dan akan berakhir pada 20/09/2016.
Pn. Haslina binti Muhamad telah menyampaikan input berkenaan teori-teori pembelajaran kepada peserta-peserta kursus pada 15 Ogos 2016 (Isnin).
Pada 17.08.2016 (Rabu), Pn. Teresa Seow Sieu Kian menyampaikan topik Kaedah dan Teknik Mengajar pula.
Yang berikut merupakan gambar foto mengenai aktiviti yang telah berlangsung sepanjang kursus diadakan.
Anda boleh mengeklik pautan yang berikut untuk maklumat lanjut:
No comments:
Post a Comment