-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Showing posts with label CPD. Show all posts
Showing posts with label CPD. Show all posts

Monday, 20 February 2017

Pn. Rozita Rahmat dijemput sebagai Penceramah untuk Kursus Asas Pegawai Penguatkuasa, Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Melaka

Pada 16 Feb 2017 (Khamis), Pn. Rozita binti Rahmat telah dijemput ke Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Melaka sebagai Penceramah jemputan untuk menyampaikan ilmu bertajuk "Pengucapan Awam & Komunikasi Berkesan" dalam Kursus Asas Pegawai Penguatkuasa JPJ 1/2017.

Tahniah dan syabas diucapkan atas kehebatan beliau menyebarkan ilmu dalam membantu peserta kursus mengembangkan ilmu dan kemahiran menyampaikan ucapan awam serta berkomnikasi secara berkesan!

Thursday, 29 September 2016

Mesyuarat Perancangan Pembangunan Modul CPD Pemikiran Komputasional

Pada 26 - 29 Sep 2016, 12 orang pensyarah daripada beberapa IPGK telah berkumpul di MDeC, Bangunan Tech Mahindra, Cyberjaya untuk membangunkan modul CPD Pemikiran Komputasional untuk pensyarah-pensyarah IPGK. Projek ini adalah usaha sama IPGM dengan MDeC.

Modul ini bertujuan memperkenalkan konsep Pemikiran Komputasional dan bagaimana ia diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Peserta akan diberikan pendedahan kepada pengaturcaraan Scratch.

Saturday, 17 September 2016

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri, Muar Siri 1/2016

          En. Razali bin Mohammad, pakar IT, Rangkaian Komputer dan juga bidang Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) yang mengasaskan LMS IPGKTHO telah menyampaikan kursus bertajuk "Aplikasi Learning Management System (LMS) dalam PdP" pada 11 Sep 2016. 

          Beliau telah memberikan pendedahan kepada peserta kursus tentang penggunaan LMS untuk membolehkan pembelajaran secara atas talian berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Lokasi fizikal pengajar dan pelajar yang berlainan pada sesuatu masa tidak lagi menjadi halangan untuk proses pengajaran dan pembelajaran berlaku sama ada secara serentak ataupun sebaliknya. Beliau telah membimbing para peserta menggunakan platform LMS untuk menyediakan bahan, aktiviti pembelajaran di samping mengesan rekod /log aktiviti pelajar melalui LMS.

Anda boleh mengeklik pautan yang berikut untuk maklumat lanjut:

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri Muar Siri 1/2016:
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | Album | Senarai nama kursus dan pensyarah || Bahan:  TMK

Kursus Teknik Mengajar Siri 38 Bil 1/2015 di Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia, Bakri Muar 
1 | 2 | 3 | 4 | 5 

Tuesday, 13 September 2016

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri, Muar Siri 1/2016

Pada 13 September 2016, sampai giliran Cik Sumitra Kan Fong Kuen berkongsi maklumat mengenai pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Tema kali ini ialah Mobile Learning di mana peserta menggunakan telefon bimbit dan komputer riba untuk mencuba pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT baik secara atas talian ataupun secara offline.

Antara input yang diberi ialah penggunaan Kahoot, Clarisketch, Google Photos, SpeakIt, gabungan MS Word dan Excel untuk penghasilan sijil (Mail Merge) serta teknik animasi dan Smart Art dalam MS PowerPoint.

Anda boleh mengeklik pautan yang berikut untuk maklumat lanjut:

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri Muar Siri 1/2016:
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | Album | Senarai nama kursus dan pensyarah || Bahan:  TMK

Kursus Teknik Mengajar Siri 38 Bil 1/2015 di Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia, Bakri Muar 
1 | 2 | 3 | 4 | 5 

Tuesday, 6 September 2016

Kursus Penataran Semakan KSPK

Pada 6 Sep 2016 (Selasa), Kursus Penataran Semakan KSPK diadakan di PPD Batu Pahat. Empat orang pensyarah IPGKTHO yang terlibat adalah Dr. Siti Saleha binti Samsuri,  Pn. Hjh Normah binti Daut, Pn. Hjh. Maznah binti Madu dan Cik Hajah Alimah binti Atan.

Monday, 5 September 2016

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri, Muar Siri 1/2016

Pada 5 Sep 2016, En. Mohd Azhar bin Ab. Rahman memberikan panduan mengenai "Teknik Pengurusan Stress Dalam Pembelajaran". Peserta-peserta turut melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti relaksasi bagi menangan masalah stress.

Anda boleh mengeklik pautan yang berikut untuk maklumat lanjut:

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri Muar Siri 1/2016:
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | Album | Senarai nama kursus dan pensyarah || Bahan:  TMK

Kursus Teknik Mengajar Siri 38 Bil 1/2015 di Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia, Bakri Muar 
1 | 2 | 3 | 4 | 5 

Friday, 2 September 2016

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri, Muar Siri 1/2016

Seorang pendidikan menghormati pelajarnya sebagai individu yang unik dan berbeza. Mereka tidak harus diminta untuk menjurus kepada bidang dan kemahiran yang sama kerana terdapat unsur perbezaan individu. Salah satu ideologi dan pegangan berkaitan dengan sifat individu yang tersendiri ialah konsep kepelbagaian kecerdasan. Pn. Norashikin binti Jasmon telah menyebarluaskan konsep dan aplikasinya dalam kalangan peserta kursus pada 01.09.2016.

Anda boleh mengeklik pautan yang berikut untuk maklumat lanjut:

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri Muar Siri 1/2016:
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | Album | Senarai nama kursus dan pensyarah || Bahan:  TMK

Kursus Teknik Mengajar Siri 38 Bil 1/2015 di Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia, Bakri Muar 
1 | 2 | 3 | 4 | 5 

Wednesday, 31 August 2016

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri, Muar Siri 1/2016

En. Mohd Roslan bin Aroff telah mengongsi ilmu untuk dua topik, iaitu "Konsep Kendiri dan perbezaan individu" serta "Motivasi Pembelajaran" pada 30 Ogos 2016.

Anda boleh mengeklik pautan yang berikut untuk maklumat lanjut:

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri Muar Siri 1/2016:
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | Album | Senarai nama kursus dan pensyarah || Bahan:  TMK

Kursus Teknik Mengajar Siri 38 Bil 1/2015 di Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia, Bakri Muar 
1 | 2 | 3 | 4 | 5 

Monday, 29 August 2016

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri, Muar Siri 1/2016

Tn. Hj. Jamal Mohd Nasir bin Atan, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan pula telah menyampaikan ilmu kepada peserta Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri, Muar pada 29.08-2016 (Isnin). Topik beliau ialah "Kepimpinan dan komunikasi dalam pengajaran "

Anda boleh mengeklik pautan yang berikut untuk maklumat lanjut:

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri Muar Siri 1/2016:
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | Album | Senarai nama kursus dan pensyarah || Bahan:  TMK

Kursus Teknik Mengajar Siri 38 Bil 1/2015 di Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia, Bakri Muar 
1 | 2 | 3 | 4 | 5 

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri, Muar

Pada 28.08.2016 (Ahad), Pn. Hjh. Fadhilah binti Aspar berkongsi ilmu mengenai Modifikasi Tingkah Laku bersama peserta kursus di PDRM Bakri, Muar.
Peserta telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Anda boleh mengeklik pautan yang berikut untuk maklumat lanjut:

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri Muar Siri 1/2016:
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | Album | Senarai nama kursus dan pensyarah | Bahan TMK

Kursus Teknik Mengajar Siri 38 Bil 1/2015 di Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia, Bakri Muar 
1 | 2 | 3 | 4 | 5 

Saturday, 27 August 2016

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri, Muar

Pensyarah-pensyarah bergilir-gilir berkongsi ilmu bersama peserta Teknik Mengajar PDRM Bakri, Muar.

18.08.2016, Pn. Maznah binti Madu menerangkan konsep dan aplikasi Bahan Bantu Mengajar.

24.08.2016, Pn. Noor Azizah binti Anuar menyampaikan topik Perancangan PdP serta Refleksi.
25-08-2016, Dr. Kamisah binti Buang telah berkongsi maklumat berkaitan dengan integrasi kemahiran generik.

Anda boleh mengeklik pautan yang berikut untuk maklumat lanjut:

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri Muar Siri 1/2016:
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | Album | Senarai nama kursus dan pensyarah || Bahan:  TMK

Kursus Teknik Mengajar Siri 38 Bil 1/2015 di Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia, Bakri Muar 
1 | 2 | 3 | 4 | 5 

Sunday, 21 August 2016

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri Muar Siri 1/2016

Pada 22.08.2016 sampai pula giliran Pn. Siti Saleha binti Samsuri berkongsi maklumat dengan peserta kursus berkenaan aspek Pengurusan Persekitaran PdP dan Risiko serta Kesediaan Pembelajaran.

Anda boleh mengeklik pautan yang berikut untuk maklumat lanjut:

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri Muar Siri 1/2016:
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | Album | Senarai nama kursus dan pensyarah || Bahan:  TMK

Kursus Teknik Mengajar Siri 38 Bil 1/2015 di Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia, Bakri Muar 
1 | 2 | 3 | 4 | 5 

Thursday, 18 August 2016

KURSUS TEKNIK MENGAJAR DI MAKTAB TEKNIK PDRM BAKRI MUAR SIRI 1/2016

        Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP), sebuah Jabatan Akademik yang melaksana program latihan keguruan peringkat PPISMP dan PISMP, dan juga menawarkan perkhidmatan anjuran Kursus Pembangunan Profesionalisme ( CPD) kepada agensi-agensi kerajaan. JIP telah membantu PDRM Muar menyumbangkan tenaga mengajar bagi Kursus Teknik Mengajar PDRM jangka pendek selama tempoh tuga bulan hampir sepuluh tahun. Pada tahun ini, kursus ini bermula dari 14/08/2016 dan akan berakhir pada 20/09/2016.

     Pensyarah-pensyarah JIP bergilir-gilir untuk berkongsi maklumat mengenai kaedah dan teknik pengajaran mengikut topik yang ditetapkan (Rujuk Senarai Nama Pensyarah dan Kursus).  

     Pn. Haslina binti Muhamad telah menyampaikan input berkenaan teori-teori pembelajaran kepada peserta-peserta kursus pada 15 Ogos 2016 (Isnin).

    Pada 17.08.2016 (Rabu), Pn. Teresa Seow Sieu Kian menyampaikan topik Kaedah dan Teknik Mengajar pula.

Yang berikut merupakan gambar foto mengenai aktiviti yang telah berlangsung sepanjang kursus diadakan.