Apakah itu kemahiran Pemikiran Komputasional?
Kemahiran Pemikiran Komputasional bukan semata-mata literasi komputer seperti mengaplikasi perisian seperti Excel, PowerPoint, Word dan apps. Ia merupakan kemahiran kritis yang bertujuan mencari penyelesaian masalah di mana penyelesaian tersebut dapat dilaksanakan oleh agen pemprosesan maklumat, contohnya komputer, mesin dsb.(Cuny, Snyder, Wing). Ia melibatkan kemahiran seperti Decompose, Abstraction, Pattern Recognition, Algorithm, Logical Reasoning, Evaluation dll.
Kemahiran sehubungan ini merupakan asas kepada pembelajaran mesin perangkaan (Statistical Machine Learning) yang membolehkan pentadbiran dan pengurusan "Big Data" untuk menyelesaikan masalah yang rumit dalam urusan pangkalan data untuk perangkaan, memeta, analisis kewangan, dll. Contoh kemahiran pemikiran komputasional yang diamalkan oleh Google untuk menyelesaikan masalah dapat dilihat dalam video yang berikut:
* Klik SINI untuk sekiranya anda ingin mengikuti penerangan daripada Jeannette Wing, pelopor yang memperkenalkan gerakan memperkenalkan latihan kemahiran pemikiran komputasional dalam pendidikan.
Catatan: Wacana ini diadakan dalam Bahasa Inggeris sepanjang 1 jam 48 minit.
No comments:
Post a Comment