-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Saturday 9 April 2016

Let's Scratch!

      Massachusetts Institute of Technology (MIT) Media Lab telah mencipta Scratch Programming sejak tahun 2007. Scratch Programming disediakan sebagai alat pengarangan yang melatih kemahiran pemikiran komputasional. Ia membolehkan penggunanya menyampaikan idea dan maklumat dalam bentuk multimedia interaktif berbentuk animasi 2D.

     Pengguna Scratch tidak memerlukan penulisan Bahasa Pengaturcaraan secara langsung. Mereka hanya perlu menarik blok-blok kod pengaturcaraan (programming blocks) ke dalam ruang penyunting skrip (Sript Editor) mengikut syntax pengaturcaraan yang betul. Kesan aplikasi kod akan terpapar dengan serta merta.

    Ia sesuai digunakan untuk pengguna daripada semua peringkat umur, baik murid prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke peringkat pendidikan tertiary. Kementerian Pendidikan Malaysia telahpun mengintegrasikan latihan penggunaan Scratch dalam kurikulum KSSR subjek TMK untuk murid Tahun 6. Sehubungan itu, IPGM telah memasukkan Scratch dalam kurikulum kursus Elektif TMK dan melatih jurulatih utama dalam latihan pemikiran komputasional.

     Anda boleh mempelopori segala kemungkinan melalui projek Scratch untuk tujuan pendidikan dan bukan pendidikan seperti yang berikut:
  • Menyediakan persembahan multimedia (Multimedia presentation)
  • Penceritaan (Story telling)
  • Menyediakan permainan (Games)
  • Kuiz (Quizzes), dll.
Berikut adalah demo yang disediakan oleh MIT Media Lab:



     Sila klik pautan yang berikut untuk mencapai halaman web rasmi MIT Media Lab:


Ingin ikuti video turorial bagaimana menggunakan program Scratch? Sila klik pautan yang berikut:


    
Bagi yang berminat untuk membelajari Scratch, boleh hubungi Cik Kan Fong Kuen untuk maklumat lanjut:

email: fongkuen@iptho.edu.my

No comments: