Autisme (Autisme
Spectrum Disorders) digambarkan sebagai satu sindrom atau beberapa tingkah
laku yang unik (Kanner, 1943). Menurut Powers (2000) menyatakan bahawa ‘autisme’ berasal daripada
bahasa Yunani iaitu ‘autos’ yang bermakna diri atau seorang yang merujuk kepada
ketidakupayaan seseorang kanak-kanak autisme memahami perkara-perkara di
sekelilingnya selain daripada dirinya sendiri. Autisme merupakan satu keadaan masalah
yang mengganggu kanak-kanak dan berlaku pada dua hingga empat orang kanak-kanak
di antara sepuluh ribu orang kanak-kanak. Seramai tiga orang kanak-kanak lelaki
bagi setiap kanak-kanak perempuan mengalami masalah ini (Twiford, 1979).
Melalui
definisi-definisi yang dinyatakan oleh tokoh-tokoh di atas maka autisme
disimpulkan sebagai keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menuju ke arah
perkembangan yang tidak menentu. Dengan kata lain autisme ialah satu keadaan
perwatakan mental yang mengalami kesukaran yang sangat ketara dalam
berkomunikasi dengan orang lain terhadap penggunaan bahasa dan konsep-konsep
yang abstrak.
CIRI-CIRI
KANAK-KANAK AUTISME
1. Kanak-kanak yang mengalami masalah autisme ini
biasanya mempunyai perwatakan yang luar biasa iaitu bermasalah dalam interaksi
sosial.
2. Kanak-kanak yang mengalami autisme biasanya tidak
memberi respons kepada ibu bapa dan penjaganya, mereka tidak suka berjumpa
dengan orang yang tidak dikenali dan tidak akan berinteraksi dengan mereka.
3. Kanak-kanak autisme mengalami masalah dalam bahasa dan
berkomunikasi. Sebahagian daripada mereka tidak faham dengan apa yang
dituturkan atau tidak memahami apa yang orang lain perkatakan kepada mereka.
Kesukaran mereka berbahasa dan berkomunikasi adalah bukti bagi kebanyakan
kanak-kanak autisme ini.
4.
Mengalami kelewatan dalam berkomunikasi dan berbahasa
kepada ibu bapa dan adik-beradik sehingga menjangkau usia 2 tahun.
5. Kanak-kanak ini juga hanya berminat pada aktiviti yang
sangat terhad sahaja, maksudnya mereka tidak menunjukkan rasa bosan jika
berhadapan dengan sesuatu permainan atau apa sahaja yang mereka lakukan tetapi
mereka akan melakukan aktiviti itu berjam-jam lamanya tanpa jemu.
6. Mengulangi sesuatu perbuatan itu dan tidak mahu
mencuba sesuatu yang baru kerana kurangnya daya imaginasi dalam aktiviti atau
perlakuan yang ditunjukkan. (Kuder, 2013)
Bersambung.....
Rujukan:
Rujukan:
Twiford,
R. (1979). A child with a problem; a
guide to the psychological disorder of children. New Jersey: Prentice-Hall,
Inc..
Kuder, S. Jay. (2013) teaching students
with language and communication disabilities.
4th edition. Boston: Allyn
and Bacon.
Kanner L. (1943). Autistic disturbances of affective contact. Nervous Child 2, 217-250.
Powers, M. (2000). Children with autism: a parent’s guide.
2nd edition. Maryland: Woodbine
House.
No comments:
Post a Comment