En. Razali bin Mohammad, pakar IT, Rangkaian Komputer dan juga bidang Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) yang mengasaskan LMS IPGKTHO telah menyampaikan kursus bertajuk "Aplikasi Learning Management System (LMS) dalam PdP" pada 11 Sep 2016.
Beliau telah memberikan pendedahan kepada peserta kursus tentang penggunaan LMS untuk membolehkan pembelajaran secara atas talian berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Lokasi fizikal pengajar dan pelajar yang berlainan pada sesuatu masa tidak lagi menjadi halangan untuk proses pengajaran dan pembelajaran berlaku sama ada secara serentak ataupun sebaliknya. Beliau telah membimbing para peserta menggunakan platform LMS untuk menyediakan bahan, aktiviti pembelajaran di samping mengesan rekod /log aktiviti pelajar melalui LMS.
Anda boleh mengeklik pautan yang berikut untuk maklumat lanjut:
No comments:
Post a Comment