Keberkesanan PdP
dalam bilik darjah bergantung kepada perancangan guru mengikut tahap
perkembangan dan perbezaan individu murid.
Sehubungan itu, strategi PdP haruslah sesuai dengan perkembangan fizikal,
kognitif, rohani, emosi dan sosial.
1.
Perkembangan Fizikal
n mengurus perkembangan fizikal dalam Pendidikan Jasmani, permainan serta
kerja praktikal haruslan mengikut tahap perkembangan fizikal murid.
n Elakkan mengajar aktiviti fizikal, permainan serta kerja praktikal dalam
aktiviti kemahiran hidup yang kompleks jika perkembangan murid belum mencapai
tahap kematangan.
2.
Perkembangan Kognitif
n Merancang aktiviti PdP yang menarik dan bermakna.
n Menyediakan pelbagai bahan bantu belajar bagi membentuk konsep yang tepat.
n Bagi murid yang lebih muda seperti murid prasekolah, mulakan dengan bantuan
bahan konkrit dahulu sebelum mengajar konsep
yang lebih abstrak.
n Isi pelajaran hendaklah
dirancang dan disusun mengikut pemeringkatan berikut :
- daripada yang mudah kepada yang kompleks
- daripada yang umum kepada yang khusus
- daripada yang konkrit kepada yang abstrak
- daripada pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan atau
pengalaman yang baharu.
- daripada persekitaran dekat yang pernah
dialami kepada persekitaran jauh yang belum dialami.
3.
Perkembangan Emosi dan Rohani
n Berupaya memupuk emosi dan
rohani murid yang sihat mengikut peringkat perkembangannya.
n Mengawal dan mencegah tingkah laku murid dan perkembangan rohani yang
tidak diingini yang mungkin berlaku dalam peringkat-peringkat tertentu seawal
yang mungkin.
n Bersifat penyayang dan membantu murid mengawal emosi dan rohani mereka
dalam situasi tertentu.
n Memahami peringkat perkembangan emosi dan rohani murid, membimbing mereka
menghadapi serta menyelesaikan masalah emosi dan rohani dengan cara yang sesuai.
3.
Perkembangan Sosial
n Menggunakan strategi pengajaran berkumpulan untuk memupuk perkembangan
sosial.
n Menggunakan aktiviti
projek, perbincangan dan permainan dalam kumpulan mengikut tahap
dan peringkat perkembangan sosial murid.
n Aturkan aktiviti kumpulan supaya murid-murid dapat bekerjasama
menyelesaikan masalah pelajaran mereka bersama-sama. Struktur pembelajaran koperatif membantu
mereka menguasai kemahiran interaksi sosial yang positif.
PdP bermakna bermaksud apabila murid
berusaha mencapai objektif pembelajaran iaitu tahu akan kriteria kejayaan yang perlu
dicapai selepas satu sesi PdP dijalankan. Refleksi guru selepas proses PdP adalah bagi menilai sama ada perancangan
sebelum PdP dapat dijalankan sepenuhnya ataupun tidak. Kreativiti guru dalam merancang dan
melaksanakan PdP membantu murid mencapai tahap perkembangan menyeluruh, seimbang dan
ke arah yang lebih optima.
No comments:
Post a Comment