Kelebihan Apps ini ialah semua pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukakan serentak dalam masa yang diperuntukkan dan akan menerima maklum balas semerta sama ada betul ataupun salah. Permainan ini boleh ditadbir dalam mod Classic (persaingan antara individu) dan juga mod Team (pertandingan antara pasukan). Markah penuh untuk setiap soalan ialah 1,000 mata dan yang paling cepat menjawab akan menerima markah yang tertinggi, yang menjawab walaupun salahpun ada markah bonus bagi menghargai penyertaan tersebut. Pada akhir permainan ini, keputusan skor Pemain terbaik dan Pemain / Pasukan Top Five akan dipaparkan.
Guru perlu mendaftarkan akaun Kahoot di https://getkahoot.com manakala pelajar yang menyertai kuiz perlu melayari https://kahoot.it/ dan tidak perlu ada akaun. Walau bagaimanapun, jika pelajar mempunyai akaun Kahoot, guru dapat SHARE kuiz tersebut dan pelajar akan dapat mengambil kuiz tersebut selepas login ke akaunnya.
Yang berikut adalah panduan penggunaan Kahoot!:
Anda boleh klik pautan yang berikut untuk memuat turun panduan ini:
- Panduan penggunaan Kahoot!
- tab: Program > Kursus TM PDRM Bakri, Muar > Bahan TMK
No comments:
Post a Comment