Klik untuk membaca:
Senario Malaysia | Pemikiran Komputational : Pengenalan | Rasional | Konsep: Leraian | Algoritma | | | Contoh Aktiviti Unplug | Latihan Scratch : Pengenalan | Kurikulum | Latihan Asas: Scratch 1.4 | Scratch 2.0
Mengapakah kemahiran pemikiran komputasional perlu diajar kepada pelajar kita?
Computational thinking skills are the set of mental skills that convert “complex, messy, partially
defined, real world problems into a form that a mindless computer can tackle without further
assistance from a human.” (BCS, 2014, p. 3)
British Computing Society melihat kemahiran pemikiran komputasional sebagai kemahiran mental yang membolehkan individu mencerakin masalah autentik yang rumit, bercelaru dan sukar didefinisi dan menjelmakannya dalam prosedur penyelesaian yang dapat dilaksanakan oleh komputer tanpa intervensi manusia yang selanjutnya.
Simon Peyton Jones (2014) berpendapat bahawa sistem pendidikan USA (boleh digenaralisasi kepada senario negara kita juga) mementingkan komponen penggunaan TEKNOLOGI, tetapi mengabaikan bidang sains komputer, iaitu cabang ilmu yang merupakan landasan yang membentuk idea dan prinsip yang membantu pelajar berfikir secara logikal, mengenalpasti idea utama, mengecam pola, membuat penilaian dan merancang penyelesaian masalah secara sistematik.
Sains komputer mementingkan kemahiran pemikiran seperti cetusan idea yang mencerakin masalah, menyarankan teknik penyelesaian masalah yang sistematik... kemahiran yang menyediakan pelajar untuk melayakkan diri menceburi kerjaya yang mungkin belum wujud pada ketika ini tetapi akan wujud pada masa akan datang, dengan kemahiran dan teknologi yang bakal wujud kemudian,
Subjek ini perlu dimulakan pada peringkat sekolah rendah secara kreatif dan menyeronokkan, tidak semestinya melibatkan penggunaan komputer.
TEDx Talks. (2014). Teaching creative computer science: Simon Peyton Jones at TEDxExete. [Video file]. https://youtu.be/Ia55clAtdMs
No comments:
Post a Comment