-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Sunday 22 January 2017

PENGUPAYAAN PERSEKITARAN BELAJAR AKTIF DI PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pengupayaan persekitaran pembelajaran penting dalam perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak kerana ia

·         merangsang dan memberi cabaran kepada kanak-kanak belajar melalui pengalaman;

·         menarik perhatian untuk mereka membuat penerokaan dan eksperimen bagi meningkatkan perkembangan dan pembelajaran;

·         bersifat fleksibel dalam pembelajaran kerana keadaan yang senyap, releks dan reflektif seperti di sudut bacaan mengikut kesesuaian minat mereka atau lasak di sudut manipulatif.

·         menyokong pembelajaran bersepadu dalam enam aspek tunjang pembelajaran dengan memberi peluang berlatih kemahiran dan perkembangan yang baharu;

·         membantu kanak-kanak belajar peraturan dan berkomunikasi dengan orang lain;

·         menggalakkan kanak-kanak berkreativiti, berimaginasi dan membenarkan mereka mengambil risiko melalui kesilapan yang dilakukan;

·         mempromosi kebersamaan dan menyokong kanak-kanak berkembang dengan lebih optima  serta memahami keperluan orang lain, budaya, agama dan latar belakang yang berbeza;

·         memberi sokongan emosi dan keselamatan; dan

·         menggalakkan kanak-kanak berdikari daalam mengembangkan sikap yang positif melalui pembelajaran yang selamat, ceria dan seronok.


Lima perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh pendidik kanak-kanak tentang penyediaan persekitaran :


1.  SELAMAT :  persekitaran belajar  selamat dengan perhatian  serta sokongan orang dewasa yang sentiasa menyelia kemungkinan risiko keselamatan dan selalu memantau persekitaran.  Bantu kanak-kanak belajar menangani masa-masa kecemasan yang bahaya dan bagaimana melindungi diri mereka sendiri;


2.   SIHAT:  menyediakan persekitaran yang menggalakkan perkembangan personal yang baik melalui latihan menjaga kebersihan seperti membasuh tangan dan kawasan bermain yang bersih serta mengurangkan jangkitan penyakit di premis;


3.   GEMBIRA DAN BERJAYA:  persekitaran pembelajaran perlu menyediakan pelbagai aktiviti dan sumber bahan dan peralatan yang boleh merangsang serta menggalakkan penglibatan, menyokong perkembangan dan pembelajaran, menyediakan cabaran yang setara dengan keupayaan, seronok  dan memberi peluang kejayaan kepada kanak-kanak;


4.   MENYEDIAKAN PELUANG MEMBERI SUMBANGAN POSITIF (Make a positif contribution):  Menggalakkan kanak-kanak dan ibu bapa memberi sumbangan di mana suara mereka didengari dan tindakan diambil terutama dalam mengubah suai tempat dan susun atur ruang persekitaran;


5.   MENCAPAI TARGET EKONOMI :  Persekitaran yang mencabar membantu meningkatkan kemahiran kanak-kanak bagi menyokong pembelajarannya di masa hadapan iaitu dari aspek ekonomi Contohnya kemahiran mencuci baju dilatih semasa bermain pondok-pondok di prasekolah melalui aktviti bermain tetapi lama kelamaan   kemahiran ini digunakan semasa mencuci baju di rumah dan di kedai dobinya semasa dewasa sebagai sumber ekonominya kelak.      


.

No comments: