-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Tuesday 2 May 2017

Bengkel Pengendalian Kanak-kanak Autisme


Pada 2 Mei 2017 (Selasa), Bidang Pendidikan Khas dan Pemulihan, Jabatan Ilmu Pendidikan telah mengadakan Bengkel Pengendalian Kanak-kanak Autisme untuk pelajar PISMP Pendidikan Khas di Balai Persidangan.

Slot Pertama: En. Mohd. Rosman bin Salubin (Timbalan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan 1) telah menyampaikan maklumat berkenaan Pentaksifan Alternatif Sekolah Rendah (PASR). Pn. Hjh Norashikin bt Jasmon (Ketua Bidang Pendidikan Khas dan Pemulihan) pula berkongsi maklumat tentang KSSR.








Bengkel kali ini berjaya mengundang tiga orang Pegawai Intervensi daripada PERMATA Kurnia, iaitu En. Sharizal bin Selamat, Pn. Iylia Syamimi Sulaiman dan En. Jardian Tay untuk berkongsi maklumat tentang pengalaman mereka menguruskan kanak-kanak Austisme.

Ketika Slot kedua, En. Sharizal bin Selamat, Pegawai Intervensi PERMATA Kurnia telah menyampaikan maklumat tentang pengurusan tingkah laku kanak-kanak Autisme. Beliau telah menerangkan bahawa kanak-kanak Austime menunjukkan tingkah laku mencabar mungkin disebabkan keinginan untuk menarik perhatian, mengelakkan sesuatu aktiviti/situasi, mendapatkan sesuatu barang/aktiviti ataupun isu sensori. 
Selain menerangkan strategi yang diamalkan bagi mengelakkan tingkah laku yang mencabar, beliau juga menunjukkan contoh kad-kad visual seperti kad "First... then...", "Choice board", "Token" dan sebagainya. Menurut beliau, peneguhan positif bagi mengukuhkan tingkah laku yang positif perlu dilakukan dengan semerta dan elakkan daripada memberikan peneguhan negatif.

  

Pn. Iylia Syamimi Sulaiman daripada PERMATA Kunia telah berkongsi maklumat mengenai  topik "Pengajaran berstruktur" (Treatment and Education of Autistic and Related Communication handicapped children / TEACCH) pada slot ketiga. 


Beliau telah memberikan penerangan yang jelas melalui penggunaan alat bantu mengajar seperti Visual Cards, Sistem Token, Arahan Visual dll. Beliau juga membuat demo pelaksanaan Sistem Tugasan Kerja yang bertujuan melatih pelajar memantapkan kemahiran secara berdikari. Ia perlu dilakukan mengikut turutan seperti bermula dengan tugasan mudah (pra-akademik), disusuli dengan tugasan akademik (kemahiran yang telah dipelajari yang agak mencabar) dan diakhiri dengan tugasan yang diminati. Pelajar akan memasukkan tugasan yang telah selesai ke dalam "Finish box".   Klik untuk menonton video tentang Sistem Tugasan Kerja: Penerangan | ContohPada Slot keempat, En. Jardian Tay, Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) pula menyampaikan maklumat berkaitan dengan "Masalah pertuturan kanak-kanak Austime". Menurut beliau, dua masalah asas yang dihadapi oleh kanak-kanak ialah masalah sosio-komunikasi & interaksi serta masalah tingkah laku rigid yang berulang. Tingkah laku mencabar adalah akibat kanak-kanak tersebut tidak dapat menyampaikan hasrat dan gagal berinteraksi dengan orang lain. Masalah kesukaran komunikasi sosial mereka termasuklah kesukaran untuk memahami perspektif orang lain, kesukaran untuk berimaginasi, menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan situasi sosial yang berlainan, mengadakan tingkah laku yang tidak sesuai, kurang berupaya mengadakan isyarat badan, kesukaran memberikan tumpuan  bersama (hanya berupaya fokus kepada satu tugasan/perkara sahaja pada satu-satu masa), dll.  Beliau juga menjawab pertanyaan mengapa kanak-kanak Austisme lebih senang menguasai Bahasa Inggeris dibandingkan dengan bahasa ibunda. Mengikut beliau, kanak-kanak Autisme lebih mudah membelajari bahasa Inggeris daripada media daripada membelajari bahasa ibunda yang melibatkan interaksi sosial dalam proses komunkasi bersemuka. Beliau juga menerangkan strategi untuk membantu kanak-kanak Autisme mengembangkan kemahiran komunikasi. Beliau telah menunjukkan bagaimana bergerak daripada penggunaan Arahan Visual dan beransur dikembangkan kepada peringkat Visual Schedule. Beliau juga telah demostrasi penggunaan Social Story dan Circle TimeEn. Tay menunjukkan strategi mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan kanak-kanak Autisme. Beliau telah memperkenalkan Komunikasi Augmentatif dan Alternatif / AAC) yang menggunakan "Picture Exchange Communication system (PECS)". Ia dapat memudahcarakan proses bertutur dalam kalangan kanak-kanak Autisme.Bengkel ini telah memberikan gambaran keseluruhan tentang pengurusan tingkah laku kanak-kanak Autisme dengan jelas, disokongi contoh pelaksanaan dan alat bantu mengajar yang relevan. Mudah-mudahan, semua peserta menerima manafaat dan berjaya mempraktikkannya dalam tugas pengajaran nanti.Bengkel diakhiri dengan upacara penyampaian sijil dan cenderahati kepada penceramah jemputan serta sesi bergambar.     Klik untuk melihat album>>

No comments: