-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Saturday 6 May 2017

Kursus Pendedahan Program Transformasi Sekolah 2025 (ST25)


Pada 2 Mei 2017 (Isnin), Bidang Pengajian Profesional telah menganjurkan Kursus Pendedahan Program Transformasi 2025 kepada pelajar PISMP opsyen PAKK Sem 8 dan S2T1.  Kursus ini berlangsung di Bilik Pengajaran Mikro.
Dr. Siti Saleha binti Samsuri, Rakan Elit IPG untuk bidang ini telah dijemput sebagai penceramah untuk menyampaikan ilmu kepda para pelajar.


Kursus ini berasaskan Program Transformasi Sekolah 2025 yang berusaha ke arah melahirkan insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan murid yang aktif lagi bermakna, dengan sokongan kepemimpinan yang berkualiti dan berwawasan, guru yang kompeten, beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu.

 Matlmat kursus ini adalah bagi memantapkan kepemimpinan sekolah, memaksimakan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Objektifnya adalah untuk membangunkan kepakaran dalaman pelajar melalui latihan yang komprehensif yang menjurus kepada amalan pedagogi dan sifat kepemimpinan yang berkesan supaya dapat membawa kepada kemenjadian murid.

Kursus telah ditutup secara rasmi oleh Dr. Kamisah binti Buang, Timbalan Ketua Jabatan II.

  








No comments: