-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Wednesday 10 May 2017

Kursus Pembangunan Profesionalisme Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pada 8-9 Mei 2017, IPGK Tun Hussein Onn telah menghantar tiga orang wakil ke IPGK Pendidikan Islam, Bangi untuk menghadir Kursus Pembangunan Profesionalisme Inovasi Digital Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pensyarah yang terlibat ialah Cik Sumitra Kan Fong Kuen, Dr. Tey Kien Huat dan En. Zahidi bin Khamis.

Kursus ini merupakan subjek baru yang bakal ditawarkan kepada pelajar PISMP Semester 2 Tahun 3, yang bertujuan memberikan pendedahan kepada penghasilan inovasi digital mengikut konteks dan keperluan bidang major masing-masing.

Kursus ini sebenarnya merupakan bengkel untuk membangunkan Skema TLO, bahan bantu mengajar dan cadangan projek kerja kursus nanti. Seramai 60 orang peserta daripada 25 buah IPGK telah diagihkan kepada 8 kumpulan untuk menyumbangkan idea dan tenaga bagi menghasilkan bahan yang tersebut di atas.

  
   

Anda boleh mengeklik pautan yang berikut bagi akses kepada laman web rasmi IPGK Bahasa Melayu untuk mencapai bahan yang telah dibangunkan bersama secara kolektif dalam tempoh kursus pembangunan profesional tersebut. (Bahan-bahan ini masih dalam proses pembangunan yang memerlukan pemurnian selanjutnya).

No comments: