-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Wednesday 4 October 2017

Modul Pekprojek PAK21 di Prasekolah dan Projek Inovasi Mesin Telur

Dr. Siti Saleha binti Samsuri dan Pn. Saedah binti Sukiran telah menghasilkan
projek inovasi pedagogi dalam aspek strategi pengajaran, iaitu pendekatan projek yang diterbitkan sebagai Modul Pekprojek PAK21 di Prasekolah.

Objektif projek inovasi pedagogi ini adalah membantu guru merancang aktiviti pembelajaran projek secara terancang dan berstruktur. Ia juga  meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara holistik berteraskn konsep PAK21. Modul merupakn sumber rujukan guru bagi merancang pekprojek( mega projek) dengan mengaplikasi elemen 6C, KBAT, pembelajaran koperatif dan flipped classroom. Modul menekankn  pendekatan konstruktivisme dan  kontekstual.

Pn. Saedah juga telah menyertai Pertandingan dalam kategori Inovasi Pensyarah dan Pelajar . Projek inovasi ini disertai oleh pelajar bernama Ng Swee Swee, Afifah Sukor dan Hanis Tasnim binti  abdul wahid. Inovasi Pedagogi ini bertajuk "Mesin Telur".

Projek ini oleh digunakan dalam Awal Matematik dan tunjang komunikasi. Ia dapat meningkatkan kemahiran mengenal huruf , nombor, menyebut suku kata KV serta kemahiran menambah dan menolak.  Ia bertujuan menerapkan elemen belajar melalui bermain, kanak-kanak dapat pengalaman bermain yang menyeronokkn kerana di dalam telur ada hadiah/ mainan sebagai peneguhan. Perkembangn  psikomotor dan koordinasi mata tangan dapat ditingkatkn melalui permainn ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semau yang terlibat atas kejayaan mengilhamkan permainan berunsur pendidikan yang menarik ini dan berjaya merealisasikannya dalam bentuk produk yang boleh digunakan! Mudah-mudahan, penyertaan mereka dalam Pertandingan Inovasi Pedagogi 2017 ini membolehkan mereka meraih kejayaan yang gilang gemilang!

No comments: