-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Monday 12 March 2018

Jamuan Perpisahan Pn. Hjh. Maznah anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan

Tarikh: 11 Mac 2018 (Ahad)
Tempat: Ibadiba Bake House, Batu Pahat

Jabatan Ilmu Pendidikan telah mengadakan jamuan perpisahan Pn. Hjh. Maznah sebagai tanda penghargaan terhadap kehadiran beliau sebagai seorang rakan baik dan "role model" yang disanjungi atas sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang kehadiran sebagai warga jabatan.



Segenap warga jabatan mengucapkan selamat bersara kepada beliau, mudah-mudahan mudah rezeki dan diberkati dengan kesihatan dan kebahagiaan.

  
  

Terima kasih diucapkan atas sumbangan hadiah-hadiah beliau untuk tujuan cabutan bertuah untuk seluruh warga jabatan. Ia akan menjadi kenang-kenangan untuk kami sekalian.


                 Dari Tambunan bawa delima,
                 Masak sebiji di balik daun;

                Jasamu Puan kami terima,

                Jadi kenangan bertahun-tahun.


                Alangkah dinginnya menjelang senja,

               Mentari terbenam diufuk barat,

               Doa kami ikhlas untukmu sahaja,

               Bahagia di dunia hingga akhirat.


No comments: