-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Monday 12 March 2018

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih kelolaan Pelajar PISMP Pemulihan dan Pendidikan Khas 1&2

Tarikh:  12 Mac 2018 (Isnin)
Tempat: Bilik B9

Pelajar PISMP Pendidikan Khas 1 & 2 Ambilan Jun 2015 dan Pendidikan Pemulihan Ambilan Jun 2016 telah berusahasama untuk mengadakan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih untuk Pn. Hjh Maznah binti Madu sebagai tanda penghargaan terhadap bimbingan dan didikan yang diterima sepanjang perkhidmatan beliau di IPGKTHO.

 
 

Pelajar telah membuat persembahan, jamuan ringan dan ucapan penghargaan kepada Pn. Hjh. Maznah. Persaraan beliau merupakan satu kehilangan bagi warga IPGKTHO. Semoga beliau menikmati kehidupan persaraan yang bahagia bersama keluarga tersayang.

Amat ketara pucuk siantan,
          Rasa segar tepian titi;
Selamat bersara ufuk ingatan,
          Mekar jasa di taman bakti. 

Tuai padi tinggal jerami,
          Mega petang amat redup;
Dunia persaraan puan alami,
          Moga tenang nikmati hidup.

Pahat papan serupa dulu,
          Bawah kain daun cermai;
Rehatlah puan di dunia baru,
          Ukhuwah terjalin usah terurai.

Pandai terbilang putera perkasa,
          Tengok puteri akar dicari;
Andai ada ruang dan masa,
          Jenguklah kami bugarkan memori.




No comments: