-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Persembahan Kamishibai oleh En. Shigeyuki Noma


En. Shigeyuki Noma juga dikenali sebagai Mr. Nomarin (Japan Creative Centre, 2014). Beliau pernah bertugas di sekolah kejururawatan, Fakulti Pendidikan Universiti Kanazawakini sebelum bersara pada Mac 2001. Mulai tahun 2002, En. Noma telahpun terlibat secara aktif dalam persembahan Kamishibai di tadika, sekolah rendah, perpustakaan,  pusat beli belah, hospital kanak-kanak, pusat pemulihan untuk warga tua, muzium, dan lain-lain lagi. Beliau juga mengendalikan kuliah dan bengkel tentang cara bercerita menggunakan Kamishibai 

 Beliau telah  membuat persembahan Kamishibai peringkat Antara bangsa di Vancouver, United Kingdom, Scotland, Shanghai, Nanjing, Singapura dan lain-lain lagi. Sehingga kini, beliau telahpun berkecimbung dalam seni persembahan ini selama 40 tahun dan  menjelajah rekod persembahan sebanyak 3,800 kali.

Beliau telah menubuhkan "Noma Hyoshigi (Wooden Clappers) Club" pada bulan Ogos 2000.  dan menerima "Anugerah Duta Besar Jepun di anugerah oleh Singapura pada November  2015, sebagai penghargaan ke atas usaha beliau menggalakkan  program pertukaran budaya antara Jepun dan Singapura sejak 15 tahun kebelakangan melalui persembahan drama kertas Jepun (Kamishibai).


Sempena Bengkel Didik Hibur - Kamishibai, beliau membuat tunjukcara pementasan Kamishibai. Beliau juga mengunjungi peserta-peserta Bengkel Kamishibai dan memberikan nasihat cara-cara memperbaiki penghasilan kad-kad gambar serta teknik persembahan.



Pihak kami mengesyorkan kepada anda agar menonton rakaman video beliau menyampaikan Kamishibai bertemakan
Kami mengesyorkan rakaman video tentang cara beliau menyampaikan Kamishibai yang bertema "Guessing Game". Ini adalah disebabkan beliau telah mempamerkan kemahiran penggunaan kad gambar yang tinggi, mempelbagaikan nada dan intonasi, penggunaan elemen "Suspend"  dan "Climax" yang baik serta berjaya melibatkan peserta secara aktif. 

Menurut beliau, amat penting melibatkan penonton secara aktif dalam wacana bagi membentuk semangat "kyokan" (jalinan empati, kekitaan, dan kemesraan antara pelakon dengan penontonnya).

Yang berikut merupakan rakaman video beliau menggunakan teknik Kamishibai untuk memperkenalkan sesi "Guessing Game":




Beliau memang mahir dalam aspek penggunaan peralatan Kamishibai dan mempelbagaikan teknik vokal bagi menambahkan daya tarikan persembahannya.

  
Yang berikut merupakan rakaman video tentang persembahan beliau sempena Bengkel Didik Hibur Kamishibai.

Klik SINI untuk menonton video rakaman.

Rujukan

Japanese Creative Centre. (2012). It's Story Time! Lecture and demonstration of traditional Japanese Paper Drama, Kamishibai by Mr. Nomarin. Retrieved April 20, 2017 from http://www.sg.emb-japan.go.jp/JCC/invite_kamishibai_2012_closed.html


Klik untuk membaca:

No comments: