-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Kamishibai, Seni Drama kertas Jepun

Image result for kamishibaiKamishibai (kah-mee-shi-bye)  berasal daripada perkataan Jepun, "kami" (kertas/) dan "shibai" ( drama/ pementasan/芝居) (McGowan, n.d.). Ia berasal daripada teknik penceritaan yang menggunakan ilustrasi berbentuk skrol yang bertujuan menyebarkan agama Buddha. Kemudian etoki (Pencerita bergambar) telah mengamalkan kaedah ini untuk menyampaikan cerita sekular. Sepanjang zaman Edo (1903 - 1867) sehingga ke zaman pemerintahan Meiji (1868-1912), persembahan ini telah beransur berubah bentuk dan teknik menjadi persembahan untuk khalayak ramai melalui narasi dan kertas bergambar 2 dimensi (2D) yang bersiri di pekan dan pasar yang popular (Japanese Creative Centre, 2012; Dym, n.d.). Image result for kamishibai  
Persembahan Kamishibai terbahagi kepada dua kategori utama, iaitu persembahan untuk tujuan komersial (street kamishibai /gaitô kamishibai) dan tujuan pendidikan dalam bentuk yang bercetak  (kyôiku kamishibai) (Dym, n.d.). Kamishibai merupakan salah satu alat bantu mengajar untuk pendidikan sekolah rendah dan pendidikan menengah rendah dalam sistem pendidikan Jepun pada 1930an - 1960an.
Image result for kamishibai

Menurut Tamaki (2006), Kamishibai berbeza daripada teknik penceritaan "Big Book" dari segi ia lebih memiripi hiburan berbentuk pementasan untuk sekumpulan pendengar. Teknik "Big Book" melibatkan seorang pencerita manakala pementasan Kamishibai boleh melibatkan melebihi seorang pencerita , sama ada berpasangan ataupun sekumpulan pencerita. 

Biasanya jalan ceritanya adalah mudah dan  berbentuk wacana. Pencerita pula menggunakan pelbagi teknik vokal bagi mencetuskan daya imaginasi pendengarnya dan mengalakkan mereka menyumbangsaran butiran maklumat lanjut.
Image result for kamishibai

Kamishibai untuk tujuan pementasan telah menerapkan unsur cinematography. Ia melibatkan usahasama sekumpulan pelakon, penyediaan papan cerita dan pengarahan.











Anda boleh mengikuti video yang berikut bagi mendapatkan gambaran keseluruhan tentang Kamishibai:


Dym Sensei. (2010). What is Kamishibai? [video file]. https://www.youtube.com/watch?v=v6URceEr_zc

Rujukan

Dym, Jeferry
A. (n.d.). Kamishibai, What is it? Some preliminary findings. Retrieved April 22, 2017 from http://www.kamishibai.com/resources/Docs/jeff'skpaper.pdf.

Japanese Creative Centre. (2012). It's Story Time! Lecture and demonstration of traditional Japanese Paper Drama, Kamishibai by Mr. Nomarin. Retrieved April 20, 2017 from http://www.sg.emb-japan.go.jp/JCC/invite_kamishibai_2012_closed.html

McGowan, Tara. (n.d.). Kamishibai - A brief history. Retrieved April 21, 2017 from http://www.kamishibai.com/history.html

Tamaki, Donna. (2006). Retrieved April 22, 2017 from http://www.kamishibai.com/PDF/kamishibaieveryone.pdf


Klik untuk membaca:

No comments: