En. Noma dan Cik Mihashi Tora telah memberikan beberapa petua penyediaan dan persembahan Kamishibai supaya para peserta dapat menyampaikan drama kertas ini secara berkesan.
Penyediaan Kad-kad gambar (cerita)
- Fokus dan menonojolkan watak utama.
- Gunakan garisan (outline) yang tebal, pastikan saiz watak utama ataupun objek itu cukup besar.
- Abaikan latar belakang.
- Sediakan margin keliling kad kertas lukisan bagi memastikan lukisan tidak terlindung oleh bingkai butai ataupun pendrakad.
- Elakkan daripada melukis objek yang tindan tindih.
- Gunakan warna yang menarik, dan yang menonjolkan emosi, tidak semestinya warna objek yang sebenar.
- Cuba menguji kejelasan persembahan visual daripada jarak jauh bagi memastikan mesej visual dapat disampaikan secara berkesan.
- Cerita itu mudah, ada elemen "suspend", "climax", "thrill" dan "happy ending".
- Setiap slaid (kad gambar) memperlihatkan kesinambungan idea dan jalan cerita.
- Gunakan teknik pendedahan secara berperingkat-peringkat bagi mewujudkan elemen "suspend".
- Menggunakan intonasi, vokal, kesan bunyi bagi menghidupkan penyampaian cerita.
- Melibatkan pendengar/penonton dalam wacana semasa pementasan drama kertas.
- Minimakan pergerakan tubuh badan yang berlebihan bagi memastikan peserta menumpukan perhatian kepada kad gambar dan bukannya kepada pelakon/pencerita.
Klik untuk membaca:
Bengkel Didik Hibur | Kamishibai | Peralatan Kamishibai | Penyediaan Kad Cerita | Kaedah Persembahan | Petua Teknik Bercerita Kamishibai | Dr. Maskiah Masrom | En. Abdul Latif bin Poli | Demo oleh IPGKTAR | Persembahan En. Shigeyuki Noma | Persembahan Cik Mihashi Tora | Bengkel Kamishibai | Pencapaian IPGKTHO | Malam Senandung Seni | Majlis Penutup | Persembahan Peserta Terbaik |
No comments:
Post a Comment