-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Showing posts with label Trialogical Learning. Show all posts
Showing posts with label Trialogical Learning. Show all posts

Wednesday, 29 November 2017

Pembelajaran Trialogical - Maklumat latar belakang.

Kursus Inovasi Digital dalam PdP yang ditawarkan kepada pelajar PISMP Sem 2/Tahun 3 memperkenalkan konsep Pembelajaran Trialogikal. Apakah sebenarnya Pembelajaran Trialogikal dan fungsinya?

Profesor Sami Paavola, merupakan ahli Projek KNORK yang giat menyebar luaskan konsep Pembelajaran Trialogikal dalam proses pemerolehan ilmu. Projek KNORK (Promoting Knowledge Work Practices in Education) bertujuan membantu pendidik dan pelajar peringkat menengah dan tertiari dalam meningkatkan kemahiran (kompetensi) penggunaan teknologi digital dalam usaha membangunkan artifek ilmu secara kolaboratif (Final Report KNORK, 2008). Projek ini bertujuan meningkatkan kemahiran (kompetensi) pendidik dan pelajar dalam aspek penggunaan teknologi digital dalam usaha membangunkan artifek ilmu secara kolaboratif. Yang berikut adalah video rakaman tentang latar belakang Pembelajaran Trialogikal:

Projek KNORK. (2016). Background TLA S Paavola part 1. [Video file].