-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Wednesday, 29 November 2017

Pembelajaran Trialogical - Maklumat latar belakang.

Kursus Inovasi Digital dalam PdP yang ditawarkan kepada pelajar PISMP Sem 2/Tahun 3 memperkenalkan konsep Pembelajaran Trialogikal. Apakah sebenarnya Pembelajaran Trialogikal dan fungsinya?

Profesor Sami Paavola, merupakan ahli Projek KNORK yang giat menyebar luaskan konsep Pembelajaran Trialogikal dalam proses pemerolehan ilmu. Projek KNORK (Promoting Knowledge Work Practices in Education) bertujuan membantu pendidik dan pelajar peringkat menengah dan tertiari dalam meningkatkan kemahiran (kompetensi) penggunaan teknologi digital dalam usaha membangunkan artifek ilmu secara kolaboratif (Final Report KNORK, 2008). Projek ini bertujuan meningkatkan kemahiran (kompetensi) pendidik dan pelajar dalam aspek penggunaan teknologi digital dalam usaha membangunkan artifek ilmu secara kolaboratif. Yang berikut adalah video rakaman tentang latar belakang Pembelajaran Trialogikal:

Projek KNORK. (2016). Background TLA S Paavola part 1. [Video file].




Projek KNORK. (2016). Background TLA S Paavola part II. [Video file].


Beliau bersetuju dengan saranan Enyede & Hoadley (2016) bahawa fungsi Teknologi Digital membawa kepada kemuadahan untuk mencari, memperolehi dan berkongsi maklumat, di samping menggalakkan komunikasi, interaksi sosial dan membina rangkaian sosial. Tambahan pula, ia membolehkan proses kolaborasi dalam pembangunan dan penghasilan produk pengetahuan, contohnya Wikipedia dan komuniti sumber terbuka. Beliau berharap dengan mengamalkan Pembelajaran Trialogikal dapat mengembangkan idea tentang inovasi dan kreativiti dalam penghasilan bahan dan aktiviti PdP yang berkesan.
Profesor Sami Paavola melihat Pembelajaran Trialogikal sebagai pendekatan yang membawa kesedaran tentang reka bentuk PdP yang melibatkan usaha mengorganisasi aktiviti pembelajaran kolaboratif yang berpusatkan objek yang ingin dikongsi itu  mempunyai fungsi yang authentik dan boleh digunakan berulang kali.
Objek ini berpotensi membawa manafaat kepada semua pihak yang terlibat. Contoh objek yang dibangunkan dan dikongsi bersama ialah: artifek ilmu, amalan ataupun produk seperti model, perancangan, halaman Wiki dsb.

Objek ini berpotensi membawa manafaat kepada semua pihak yang terlibat. Contoh objek yang dibangunkan dan dikongsi bersama ialah: artifek ilmu, amalan ataupun produk seperti model, perancangan, halaman Wiki dsb.

Beliau berpendapat bahawa pakar rujuk di luar institusi pendidikan yang terlibat amat digalakkan bagi bagi membolehkan perkembangan idea dan minda yang membolehkan pelajar mengembangkan ilmu dan kemahiran secara berkesan dan berterusan. Beliau menamakan proses ini sebagai "Cross-fertilization contact" antara pendidikan peringkat menengah dengan pendidikan peringkat tertiari,


Rujukan

Final Report: KNORK - Promoting Knowledge Work Practices in Education. (2008). Education, AudioVisual & Cultural Agency. Life Long Learning Programme. Retrieved from http://knork.info/website/wp-content/uploads/2014/05/Public_part_report_llp_FINAL.pdf
Projek KNORK. (2016). [Video File]. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=7WTVCT6TUEM
Projek KNORK. (2016). Background TLA S Paavola part II. [Video file]. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=Ui3_Sf4Kdo8

Post a Comment