-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Showing posts with label Computational Thinking Skills. Show all posts
Showing posts with label Computational Thinking Skills. Show all posts

Tuesday, 21 November 2017

Kursus Kemahiran Pemikiran Komputasional untuk Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

Jabatan Ilmu Pendidikan telah menganjurkan kursus latihan dalaman mengenai Kemahiran Pemikiran Komputasional untuk pensyarah-pensyarah jabatan.

Kursus ini memberikan pendedahan kepada konsep-konsep utama Kemahiran Pemikiran Komputasional, kepentingannya dalam KSSR (Semakan 2017) dan aktiviti unplug yang berkenaan.

     

Klik untuk mencapai Parking Lot | Album>>

Monday, 20 November 2017

Kursus Kemahiran Pemikiran Komputasional untuk Pelajar PISMP Ambilan Jun 2014 (Sem 7) Anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan

Jabatan Ilmu Pendidikan telah menganjurkan Kursus Kemahiran Pemikiran Komputasional untuk pelajar PISMP Ambilan JUn 2014 (Semester 7) pada 20 November di Balai Persidangan, IPGKHTO.

  

Pelajar telah didedahkan dengan konsep Kemahiran Pemikiran Komputasional (CT)secara umum dan juga perincian empat konsep utama, iaitu Decomposition, Pattern Recognition, Abstraction dan Algorithm. Pelajar juga dilibatkan dalam pelbagai aktiviti unplug yang berkaitan dengan konsep-konsep utama CT, kepentingan CT dalam KSSR (Semakan 2017) pelaksanaanya.

Klik untuk melihat Parking Lot | Album>>

Monday, 27 June 2016

Classroom Investigation - Pengintegrasian Kemahiran Pemikiran Komputasional Merentas Kurikulum

IPGM dan MDEC bekerjasama menganjurkan Program Latihan Jurulatih Utama Kemahiran Pemikiran Komputasional bagi tujuan memperolehi pensijilan Kursus Kemahiran Pemikiran Komputasional dan Pengajaran Sains Komputer Untuk Master Trainer oleh British Computing Society (BCS). Sebanyak 7 kumpulan bersamaan 80 peserta yang terdiri daripada pensyarah IPGK dan BPK telah menyertai program ini. Untuk tujuan ini, peserta kursus perlu menghadiri Bengkel Latihan Kemahiran Pemikiran Komputasional selama lima hari, mengikuti kursus secara dalam talian, menghasilkan projek pengaturcaraan Python ataupun Scratch dan melaksanakan Classroom Investigation di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah.

IPGK Tun Hussein Onn telah menghantar dua orang wakil bagi menyertai program ini, iaitu, Cik Kan Fong Kuen dan Tn. Hj. Omar bin Zakaria, kedua-duanya pensyarah daripada Jabatan Ilmu Pendidikan.

Pada 26 Jun 2016, Cik Kan telah melakasanakan Classroom Investigation di SJK(C) Hwa Nan, Batu Pahat, Johor. Classroom Investigation ini mengintegrasikan Kemahiran Pemikiran Komputasional merentas kurikulum melalui pelaksanaan PdP KSSR TMK Tahun 5, menggunakan topik Pangkalan Data: Mengenalpasti Rekod dan Medan.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, Guru dan murid yang turut menjayakan usaha ini.

Monday, 11 April 2016

Pemikiran Komputasional untuk Pendidik

Apakah  pemikiran komputasional? Bagaimanakah ia boleh diintegrasikan dalam pendidikan?
Sila ikuti penerangan yang tersebut di bawah untuk mengetahui pandangan daripada pandangan beberapa golongan pendidik:




Friday, 8 April 2016

Kemahiran Pemikiran Komputasional (Computational Thinking Skills ataupun CT skills)

     Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengemaskini kurikulum dengan perancangan untuk menerapkan kemahiran pemikiran komputasional dalam kalangan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 2017. Kemahiran ini akan diintegrasikan merentas kurikulum.

     Apakah itu kemahiran Pemikiran Komputasional?


     Kemahiran Pemikiran Komputasional bukan semata-mata literasi komputer seperti mengaplikasi perisian seperti Excel, PowerPoint, Word dan apps. Ia merupakan kemahiran kritis yang bertujuan mencari penyelesaian masalah di mana penyelesaian tersebut dapat dilaksanakan oleh agen pemprosesan maklumat, contohnya komputer, mesin dsb.(Cuny, Snyder, Wing). Ia melibatkan kemahiran seperti Decompose, Abstraction, Pattern Recognition, Algorithm, Logical Reasoning, Evaluation dll.

      Kemahiran sehubungan ini merupakan asas kepada pembelajaran mesin perangkaan (Statistical Machine Learning) yang membolehkan pentadbiran dan pengurusan "Big Data" untuk menyelesaikan masalah yang rumit dalam urusan pangkalan data untuk perangkaan, memeta, analisis kewangan, dll. Contoh kemahiran pemikiran komputasional yang diamalkan oleh Google untuk menyelesaikan masalah dapat dilihat dalam video yang berikut:



* Klik SINI  untuk sekiranya anda ingin mengikuti penerangan daripada Jeannette Wing, pelopor yang memperkenalkan gerakan memperkenalkan latihan kemahiran pemikiran komputasional dalam pendidikan.
Catatan: Wacana ini diadakan dalam Bahasa Inggeris sepanjang 1 jam 48 minit.



Sunday, 27 March 2016

Scratch! Sampel latihan yang dilakukan semasa menghadiri Bengkel Latihan Pemikiran Komputational.

Salam sejahtera.

     Pada tahun ini, seramai 100 orang pensyarah IPGK dan sekumpulan pegawai KPM akan menyertai Bengkel Latihan Pemikiran Komputasional atas usahasama antara IPGM dan MDeC. Latihan ini diadakan bertujuan melatih jurulatih utama untuk menyebarluaskan kemahiran pemikiran komputasional (CT) dalam kalangan guru sekolah. Pada tahun 2017 nanti, murid Tahun 1 KSSR dan Tingkatan 1 KSSM akan menggunakan pemikiran komputasional yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif untuk proses menyelesaikan masalah. CT akan digunakan secara merentas kurikulum.

     Sehubungan itu, aktiviti P&P perlu mengintegrasikan CT mengutamakan struktur model Brain-based Learning dan pendekatan Ikuiri dan mengamalkan kaedah pembelajaran Kolaboratif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang diadakan boleh berbentuk "Unplug activity" yang tidak menggunakan komputer, ataupun menggunakan Scratch ataupun Python Programming untuk menyediakan aktiviti yang boleh memaparkan kesan memecahkan sesuatu tugasan kepada langkah-langkah secara sistematik dan logikal.

     Scratch membolehkan penggunanya menghasilkan projek Animasi 2D. Ia menggunakan Blocks yang mengandungi frasa yang boleh difahami oleh manusia bagi menggantikan proses menulis kod mengikut syntax pengatucaraan. Sebaik sahaja block (Code) disusun, pengguna boleh "Play" untuk paparan kesan pengaturcaraan yang serta merta.

     Berikut merupakan contoh latihan yang diadakan semasa bengkel tersebut:


Sumitra Kan Fong Kuen. (2016). Latihan Scratch - Broadcast.

Catatan: Klik ikon bendera hijau untuk memulakan tayangan certia.