Jabatan Ilmu Pendidikan telah menganjurkan Kursus Kemahiran Pemikiran Komputasional untuk pelajar PISMP Ambilan JUn 2014 (Semester 7) pada 20 November di Balai Persidangan, IPGKHTO.
Pelajar telah didedahkan dengan konsep Kemahiran Pemikiran
Komputasional (CT)secara umum dan juga perincian empat konsep utama, iaitu
Decomposition, Pattern Recognition, Abstraction dan Algorithm. Pelajar juga
dilibatkan dalam pelbagai aktiviti unplug yang berkaitan dengan konsep-konsep
utama CT, kepentingan CT dalam KSSR (Semakan 2017) pelaksanaanya.
Sejak KSSR Semakan 2017 dilaksanakan bermula dengan pelajar Tahun 1 di sekolah rendah dan KSSM bermula dengan mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) Tingkatan 1 dan Sains Komputer Tingkatan 4 di sekolah menengah di seluruh negara sejak Januari 2017, kemahiran pemikiran komputasional yang mementingkan pemikiran logikal, dan pembelajaran kemahiran "coding" telah diintegrasikan merentasi kurikulum.
MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) bertanggungjawab memacukan transformasi digital baik untuk sektor industri, kalangan pendidik dan juga pelajar dengan penganjuran pelbagai latihan profesional untuk pendidik serta Pergerakan Digital Maker (Digital Maker Movement) untuk kalangan pelajar pelbagai peringkat ilmu.
Seramai 17,000 guru sekolah dikatakan telah bersedia untuk mengajar coding kepada murid sekolah, dan 100 orang pensyarah IPGK dan 90 orang pensyarah Institut Aminudin Baki telah terlatih sebagai Jurulatih Utama yang bertauliah di bawah British Computing Society, United Kingdom (Chan, 2017 July 29).
Chan, Adrian. (2017, July 29). Nurturing logical thinking in schools. The Star Online. Retrieved from http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/07/29/nurturing-logical-thinking-in-schools-more-than-17000-qualified-teachers-to-teach-students-skills-re/
Mengapakah kemahiran pemikiran komputasional perlu diajar kepada pelajar kita?
Computational thinking skills are the set of mental skills that convert “complex, messy, partially
defined, real world problems into a form that a mindless computer can tackle without further
assistance from a human.” (BCS, 2014, p. 3)
British Computing Society melihat kemahiran pemikiran komputasional sebagai kemahiran mental yang membolehkan individu mencerakin masalah autentik yang rumit, bercelaru dan sukar didefinisi dan menjelmakannya dalam prosedur penyelesaian yang dapat dilaksanakan oleh komputer tanpa intervensi manusia yang selanjutnya.
Kemahiran Pemikiran Komputasional: Teknik Leraian(Decomposition)
Sebelum menyelesaikan masalah, terlebih dahulu perlu kita memahami masalah tersebut (BBC, 2016). Teknik leraian cuba meleraikan sebuah masalah yang kompleks kepada beberapa masalah yang lebih kecil kepada beberapa tugasan yang dapat ditangani satu per satu sehingga keseluruhan masalah selesai.
Kemahiran menganalisis membolehkan individu mengenalpasti apakah unsur ataupun subkomponen yang hadir dalam gambaran besar dan meleraikannya ke dalam sub komponen yang lebih halus. Keupayaan mengenalpasti struktur seperti masalah utama, faktor ataupun punca masalah, kesan yang dihadapi, pihak yang terlibat dan lain-lain lagi membolehkan individu mengenalpasti elemen ataupun subkomponen utama, ia menjadi asas untuk individu membuat penilaian, pemilihan dan membuat keputusan kemudian. Teknik leraian merupakan kemahiran yang yang mendahului proses penilaian dan mengabstrak elemen yang utama dan mengabaikan elemen-elemen lain yang kurang penting.
Contoh aktiviti pembelajaran yang diintegrasikan dengan teknik leraian:
Sains - mengenalpasti bahagian tumbuhan / bunga, mengenalpasti kitaran hidup sesuatu jenis haiwan / tumbuhan.
Bahasa - menyediakan resepi masak nasi lemak / menyenaraikan bahagian-bahagian rumah ataupun bangunan, mengenalpasti struktur / pola ayat, dll.
TMK - mengenalpasti elemen-elemen multimedia dalam sesebuah pakej pembelajaran interaktif, menamakan bahagian-bahagian dalam sebuah kamera digital SRL...
Pada 26 - 29 Sep 2016, 12 orang pensyarah daripada beberapa IPGK telah berkumpul di MDeC, Bangunan Tech Mahindra, Cyberjaya untuk membangunkan modul CPD Pemikiran Komputasional untuk pensyarah-pensyarah IPGK. Projek ini adalah usaha sama IPGM dengan MDeC.
Modul ini bertujuan memperkenalkan konsep Pemikiran Komputasional dan bagaimana ia diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Peserta akan diberikan pendedahan kepada pengaturcaraan Scratch.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 telah memasukkan STEM (Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) ke dalam PdP (BERNAMA, 2016). Seiring trend dunia pada abad ke-21 menekankan peranan teknologi sebagai pendorong kepada PdP dan literasi digital, kemahiran Pemikiran Komputasional akan diperkenalkan kepada semua murid Tahun 1 di semua sekolah rendah dan juga pelajar Tingkatan 1 dan 4 di semua sekolah Menengah.
Yang berikut merupakan berita yang disiarkan melalui RTM1 berkenaan pelaksanaan program ini:
Berita National RTM1. (2016). Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer diajar di sekolah tahun hadapan. [11 Ogos 2016].
Apakah itu Pemikiran Komputasional (Computational thinking)? "Pemikiran Komputasional merupakan keupayaan berfikir secara logik dan sistematik dalam menyelesaikan masalah menggunakan prinsip sains komputer melalui kemahiran algoritma dan pengaturcaraan."
Mengenalpasti, menganalisis, danmelaksanakanpenyelesaian yang
mungkinbagimencapaimatlamatuntukmendapatkankombinasilangkahdansumber yang
paling cekapdanberkesan
DSKP KSSR Semakan 2017
Anda boleh memuat turun dokumen yang berkenaan melalui pautan yang berikut: http://bpk.moe.gov.my/index.php/muat-turun-dokumen/ The International Society for Technology in Education (ISTE) telah menyediakan video penerangan berhubung pemikiran komputasional:
ISTE. (2012). Computational thinking skill: A digital age skill for everyone.
Anda boleh klik pada pautan yang berikut untuk bacaan lanjut:
Projek kategori :Pengajaran & Pembelajaran Berikut merupakan projek untuk Latihan Jurulatih Utama untuk Program BCS. Sila klik butang Bendera Hijau untuk memulakan animasi.
Sumitra Kan Fong Kuen. (2016). Project Part 1 - Introducing Database: Table, Records & Fields.
Scratch Programming merupakan aplikasi kemahiran pemikiran komputasional dalam menyediakan algorithm bagi menyediakan animasi 2D yang bertujuan:
Membuat persembahan berbentuk penceritaan
Menyediakan permainan
Membuat gubahan seni seperti lukisan dan catatan
Menjadi media pengajaran dan pembelajaran untuk pelbagai mata pelajaran, dsb.
Yang berikut merupakan percubaan untuk menggerakkan latar belakang.
Dalam pembelajaran pemikiran komputasional, salah satu komponen utama ialah "Algorithm", iaitu satu set prosedur yang mengarah komputer ataupun perkakasan elektronik lain melakasanakan arahan demi menyelesaikan sesuatu masalah.
Video yang berikut memberikan gambaran keseluruhan tentang algoritma:
Contoh aktiviti pengintegrasian kemahiran membentuk algoritma dalam pengajaran dan pembelajaran:
Bahasa - Menerangkan langkah-langkah melaksanakan pertandingan perbahasan, menceritakan langkah-langkah memberus gigi, turutan langkah untuk mencarikan maksud sesuatu perkataan dalam kamus...
Tarikh : 16 April 2016 (Sabtu)
Masa : 8.00 am - 4.00 pm
Tempat : Bilik Pengajaran Mikro
Pada hari ini, pelajar mencuba penggunaan fitur "Broadcast", "Variables" dan "Operators" untuk menyediakan kuiz yang dapat memberikan maklum balas dan pengiraan skor.
Mereka telah diberikan tugas dan cabaran untuk menyediakan bahan pembelajaran interaktif selepas minggu peperiksaan untuk dimuat naik ke laman web rasmi Scratch.mit.edu.
Tarikh: 15 April 2016 (Jumaat)
Masa: 8:00 am - 4.00 pm
Tempat: Bilik Pengajaran Mikro
Bengkel ini diadakan bagi memenuhi syarat Latihan Jurulatih Utama Computaional Thinking and Teaching Computer Science Programme usaha bersama IPGM dan MDEC.
Pelajar PISMP BC Ambilan Jun 2014 telah didedahkan kepada kemahiran pemikiran komputasional dan mengaplikasikannya dalam penggunaan Program Scratch.
Selain daripada menggunakan unplug activities untuk memahami konsep asas pemikiran komputasional, pelajar juga terlibat dalam pengaturcaraan Scratch untuk menampakkan kesan visual pengaturan blok pengaturcaraan. Mereka cuba menggerakkan Sprites dalam pelbagai arah dan kelajuan, menukar penampilan dan latar belakang serta menyelitkan kesan bunyi sebagai persembahan multimedia bertujuan untuk bercerita.
Apakah pemikiran komputasional? Bagaimanakah ia boleh diintegrasikan dalam pendidikan?
Sila ikuti penerangan yang tersebut di bawah untuk mengetahui pandangan daripada pandangan beberapa golongan pendidik: