-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Showing posts with label KSSM. Show all posts
Showing posts with label KSSM. Show all posts

Saturday, 29 July 2017

Kemahiran Pemikiran Komputasional, Pemikiran logikal, sudahkah kita bersedia?

Sejak KSSR Semakan 2017 dilaksanakan bermula dengan pelajar Tahun 1 di sekolah rendah dan KSSM bermula dengan mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) Tingkatan 1 dan Sains Komputer Tingkatan 4 di sekolah menengah di seluruh negara sejak Januari 2017, kemahiran pemikiran komputasional yang mementingkan pemikiran logikal, dan pembelajaran kemahiran "coding" telah diintegrasikan merentasi kurikulum.

MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) bertanggungjawab memacukan transformasi digital baik untuk sektor industri,  kalangan pendidik dan juga pelajar dengan penganjuran pelbagai latihan profesional untuk pendidik serta Pergerakan Digital Maker (Digital Maker Movement) untuk kalangan pelajar pelbagai peringkat ilmu. 

Seramai 17,000 guru sekolah dikatakan telah bersedia untuk mengajar coding kepada murid sekolah, dan 100 orang pensyarah IPGK dan 90 orang pensyarah Institut Aminudin Baki telah terlatih sebagai Jurulatih Utama yang bertauliah di bawah British Computing Society, United Kingdom (Chan, 2017 July 29).



Untuk membuat rujukan tambahan tentang peluang latihan ini, sila klik pautan yang berikut:

Rujukan
Chan, Adrian. (2017, July 29). Nurturing logical thinking in schools.  The Star Online. Retrieved from http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/07/29/nurturing-logical-thinking-in-schools-more-than-17000-qualified-teachers-to-teach-students-skills-re/

Wednesday, 20 July 2016

Pembelajaran Sains Komputer diintegrasikan bermula Tahun 3 di sekolah rendah

Mulai tahun 2017, Pembelajaran Sains Komputer  yang diintegrasikan dalam Sains dan Matematik akan bermula pada Tahun 3 pada peringkat sekolah rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Pemberitahuan ini telah disiarkan melalui Sistem Guru Online. Menurut artikel yang tersiar, tercatat maklumat yang berikut:

3 Point Utama Ialah :

1. Sekolah Rendah = Pembelajaran sains komputer akan mula diintegrasikan bermula daripada darjah tiga dimana ia akan diintegrasikan dalam mata pelajaran sains dan matematik.
2.  Sekolah Menengah = Hadir sebagai mata pelajaran berasingan. Mungkin ada subjek baru iaitu Sains Komputer.
3. Ujian rintis untuknya telah dilakukan sebelum ini, dan ia dijangka diperkenalkan secara meluas bermula tahun hadapan.


Rujukan
Aflah. (2016). Sains Komputer Mula diintegrasikan Bermula Darjah Tiga dalam Subjek Matematik & Sains. Dicapai pada 20 Julai 2016 daripada http://www.sistemguruonline.my/2016/07/sains-komputer-mula-diintegrasikan.html.