-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Showing posts with label KSSR Semakan 2017. Show all posts
Showing posts with label KSSR Semakan 2017. Show all posts

Saturday, 29 July 2017

Kemahiran Pemikiran Komputasional, Pemikiran logikal, sudahkah kita bersedia?

Sejak KSSR Semakan 2017 dilaksanakan bermula dengan pelajar Tahun 1 di sekolah rendah dan KSSM bermula dengan mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) Tingkatan 1 dan Sains Komputer Tingkatan 4 di sekolah menengah di seluruh negara sejak Januari 2017, kemahiran pemikiran komputasional yang mementingkan pemikiran logikal, dan pembelajaran kemahiran "coding" telah diintegrasikan merentasi kurikulum.

MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) bertanggungjawab memacukan transformasi digital baik untuk sektor industri,  kalangan pendidik dan juga pelajar dengan penganjuran pelbagai latihan profesional untuk pendidik serta Pergerakan Digital Maker (Digital Maker Movement) untuk kalangan pelajar pelbagai peringkat ilmu. 

Seramai 17,000 guru sekolah dikatakan telah bersedia untuk mengajar coding kepada murid sekolah, dan 100 orang pensyarah IPGK dan 90 orang pensyarah Institut Aminudin Baki telah terlatih sebagai Jurulatih Utama yang bertauliah di bawah British Computing Society, United Kingdom (Chan, 2017 July 29).



Untuk membuat rujukan tambahan tentang peluang latihan ini, sila klik pautan yang berikut:

Rujukan
Chan, Adrian. (2017, July 29). Nurturing logical thinking in schools.  The Star Online. Retrieved from http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/07/29/nurturing-logical-thinking-in-schools-more-than-17000-qualified-teachers-to-teach-students-skills-re/

Thursday, 10 November 2016

KSSR Semakan 2017 - Elemen TMK Merentas Kurikulum

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 telah mengadakan perubahan strategi pelaksanaan daripada mempertanggungjawabkan guru mata pelajaran Sains untuk memupuk kemahiran TMK kepada melibatkan semua guru mata pelajaran untuk bersama-sama mewujudkan persekitaran pembelajaran menggunakan TMK dan melalui TMK.

Slaid yang berikut menunjukkan perkembangan pendidikan TMK pada peringkat sekolah rendah:


Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). TMK dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017). [PowerPoint].

Perkongsian maklumat mengenai TMK dan Pemikiran Komputasional merentasi Kurikulum KSSR Semakan 2017

PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL (PK)

 Senario Malaysia: 1 | 2 | 3 | 4 || Pemikiran Komputational : Leraian | Peniskalaan | Pengecaman Pola | Logik | Algoritma | Penilaian || Contoh Aktiviti Unplug | Latihan Scratch : Pengenalan | Kurikulum | Latihan Asas: Scratch 1.4 | Scratch 2.0



Cik Sumitra Kan telah menghadiri Mesyuarat Pengubalan Modul ToT Pemikiran Komputasional di Knowledge Workers Development Centre, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Cyberjaya, Selangor pada 7 - 10 November 2016.

Pada 9 November 2016, MEDC telah menjemput Pn. Sh. Faridah Sy. Khalid daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) untuk berkongsi maklumat mengenai penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Pemikiran Komputasional (PK) merentasi Kurikulum KSSR semakan 2017.

Mulai 2017, TMK diserapkan dalam semua mata pelajaran Tahun 1 dan semua guru mata pelajaran bertanggungjawab membimbing semua murid untuk menguasai kemahiran asas TMK. Setiap mata pelajaran akan mengajar antara 1-3 modul aplikasi sehingga keseuma 19 modul aplikasi telah disampaikan.

Terdapat dua buah modul, iaitu Modul Asas Kemahiran TMK dan Modul Aplikasi. Modul Asas TMK memfokus kepada literasi komputer dengan menyediakan tutorial langkah demi langkah yang membantu murid menguasai kemahiran asas TMK, penerapan pemikiran komputasional dan penyediaan hasil kerja yang kreatif dan inovatif. Modul Aplikasi pula merupakan panduan pelaksanaan penerapan elemen TMK dan PK merentasi kurikulum.