-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Showing posts with label Teknologi Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Teknologi Pendidikan. Show all posts

Sunday, 8 April 2018

Pengintegrasian Pengaturcaraan Scratch untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Kita dapat menggunakan pengaturcaraan Scratch untuk menghasilkan permainan interaktif seperti Memory Card. Yang berikut merupakan contoh Memory Card yang membenarkan pelajar memadankan Gambar-Gambar dan Gambar-Teks.
Sila membenarkan Flash Player  beroperasi pada pengimbas web anda.

Klik pada butang bendera hijau untuk memulakan permainan. Klik pada kad untuk mendapatkan pasangan kad yang mempunyai padanan dari segi isi kandungan yang sesuai.




Yang berminat untuk mendalami Pengaturcaraan Scratch, sila hubungi Cik Sumitra Kan Fong Kuen, alamat emel:
fongkuen@iptho.edu.my

Tuesday, 23 January 2018

Bengkel Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan

Tarikh: 23 Jan 2018 (Selasa)
Tempat : LDP1, IPGKTHO

The Association for Educational Communications and Technology (AECT, 2008) telah mendefinisikan "Teknologi Pendidikan" sebagai kajian dan Amalan beretika dalam meningkatkan pembelajaran dan prestasi secara keberkesanan melalui pembangunan, penggunaan, pengurusan proses dan sumber yang bersesuaian.

 
 
 
Bengkel ini dianjurkan oleh Bidang Teknologi Pendidikan dengan tujuan memperkenalkan sumber digital yang membantu membangunkan bahan pembelajaran serta proses penyampaian melalui aktiviti yang memperkenalkan apps seperti:

  • ZoomIt - alat membantu pembentangan
  • Flipsnack - menghasilkan eBook secara atas talian
  • Puzzle Maker - menghasilkan lembaran kerja Word Search dan Maze
  • Quizizz - Kuiz interaktif secara online

Sila Klik pautan yang berikut untuk mencapai bahan Bengkel Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran serta albumnya:

Bahan: bit.ly/2F1huVu | Album



Thursday, 11 February 2016

Membina Digital Visualizer versi DIY ekonomikal!

          Digital visualizer membolehkan kita memaparkan  imej  bahan 3 dimensi, dan merakamkan  imej untuk guna semula jika perlu. Walau bagaimanapun harganya adalah mahal sehingga dua tiga ribu ringgit.

     Berminat untuk membina digital visualizer versi DIY yang ekonomikal?

         Dengan menggunakan webcam yang murah, dan clamp stand yang sedia ada, matlamat boleh tercapai. Yang berikut merupakan panduan membina digital visualizer murah: