-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Showing posts with label Scratch Programming. Show all posts
Showing posts with label Scratch Programming. Show all posts

Sunday, 8 April 2018

Pengintegrasian Pengaturcaraan Scratch untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Kita dapat menggunakan pengaturcaraan Scratch untuk menghasilkan permainan interaktif seperti Memory Card. Yang berikut merupakan contoh Memory Card yang membenarkan pelajar memadankan Gambar-Gambar dan Gambar-Teks.
Sila membenarkan Flash Player  beroperasi pada pengimbas web anda.

Klik pada butang bendera hijau untuk memulakan permainan. Klik pada kad untuk mendapatkan pasangan kad yang mempunyai padanan dari segi isi kandungan yang sesuai.




Yang berminat untuk mendalami Pengaturcaraan Scratch, sila hubungi Cik Sumitra Kan Fong Kuen, alamat emel:
fongkuen@iptho.edu.my

Saturday, 24 February 2018

Aplikasi Pengaturcaraan Scratch dalam PdP

Penggunaan scripting block Broadcast membenarkan kita mendedahkan ataupun menyembunyikan sesuatu sprite secara progresif mengikut reka bentuk pengajaran kita. Ia adalah asas untuk mempamerkan scene dan babak mengikut susunan yang ditentukan, contohnya pengenalan, arahan aktiviti pembelajaran, persembahan bahan, penutup dan sebagainya. Prinsip yang sama boleh diaplikasi dalam reka bentuk permainan berunsur persaingan dan kuiz interaktif.

Yang berikut merupakan projek Scratch yang bertujuan memperkenalkan konsep warna dalam Bahasa Inggeris.

 

Friday, 16 February 2018

Pengaturcaraan Scratch - Aplikasi dalam Pendidikan Muzik

Scratch merupakan program pengaturcaraan berbentuk "object oriented" yang boleh dilakukan dengan menarik scripting block secara visual ke dalam scripting area mengikut syntax yang betul.

Ia boleh diintegrasikan dalam penyediaan pelbagai bahan ataupun aktiviti pembelajaran multimedia dan interaktif.

Yang berikut merupakan keyboard virtual interaktif yang disediakan dengan kemahiran asas melukis Sprite, aplikasi scripting untuk Motion, Looks, Sound, Sensing, Control, Data, Operator dsb.

 
Yang berminat untuk mempelajari Pengaturcaraan Scratch, boleh hubungi Cik Sumitra Kan Fong Kuen, Jabatan Ilmu Pendidikan melalui emel:
fongkuen@iptho.edu.my 

Wednesday, 22 November 2017

Bengkel Scratch untuk pelajar PISMP Semester 7 anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan

Pelajar PISMP Ambilan Jun 2014 (Semester 7) menjalankan Bengkel Scratch pada 22 November 2017 di Balai Persidangan.

  

Mereka telah menggunakan kemahiran pengaturcara Scratch yang diperolehi untuk menghasilkan projek Maze Game dan REMIX projek kuiz interaktif. Mereka juga telah muat naik projek-projek mereka ke Scratch Online Community dan berjaya "embed" projek tersebut ke Site Pembelajaran Frog VLE masing-masing.

  


Friday, 17 November 2017

Bengkel Scratch untuk Pelajar PISMP Ambilan Jan 2014 (Semester 8) Anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan

Pada 16 November 2017 (Khamis), sekali lagi Jabatan Ilmu Pendidikan menganjurkan Bengkel Scratch di Balai Persidangan. Kali ini, kumpulan sasaranyan adalah pelajar PISMP Ambilan Jan 2018 (Semester 8).
 

Pelajar telah berjaya menghasilkan projek Maze Game dan projek kuiz interaktif dalam setting Maze Game. Mereka telahpun memuat naik projek-projek tersebut ke Scratch Online Community serta "embed"kannya ke dalam Site Pembelajara masing-masing.





Bengkel Scratch untuk pelajar PISMP Ambilan Jun 2015 (Semester 5) - Kumpulan PA, PK & PP Anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan

Pada 14 November 2017 (Selasa) merupakan giliran pelajar PISMP Ambilan Jun 2015 (Semester 5) - Kumpulan PA, PK & PP untuk menerima latihan pengaturcaraan Scratch.
Mereka telah berjaya menghasilkan dua projek, iaitu Maze Game dan Kuiz interaktif dalam setting Maze Game.
Semua peserta telah memuat naik projek tersebut ke Scratch Online Community dan "embed" projek tersebut di Site Pembelajaran Frog VLE masing-masing.





Monday, 13 November 2017

Bengkel Scratch untuk pelajar PISMP Ambilan Jun 2015 - Kumpulan BC, BI, PSV dan RBT Anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan

Jabatan Ilmu Pendidikan telah menganjurkan Bengkel Scratch untuk pelajar PISMP Ambilan Jun 2015 (Semester 5) - Kumpulan BC, BI, PSV dan RBT pada 13 November 2017 (Isnin) di Balai Persidangan, IPGKTHO.



Pelajar telah diperkenalkan dengan perisian aplikasi Scratch 2.0 Offline Editor dan kemahiran asas menghasilkan projek Maze Game asas dan projek Kuiz interaktif dalam setting Maze Game.




Friday, 30 December 2016

Scratch, let's dance!

Kita boleh gunakan fitur Draw dalam Scratch untuk mengedit (retouch) Sprite dan Backdrop sama ada yang diperoleh daripada Library ataupun upload daripada komputer. Kemudian boleh boleh gunakan fitur Change Costume untuk memberikan kesan visual Sprite ataupun Backdrop bertukar imej, saiz, warna dan sebagainya.

Apabila dimasukkan lagu ataupun muzik yang sesuai, ia akan jadi lebih menarik lagi.

Yang berikut merupakan projek mini percubaan untuk fitur yang tersebut di atas, klik butang bendera hijau untuk memulakan pertunjukan :

Kan, Sumitra Fong Kuen. (2016). Lambada!.

* Sila hubungi Cik Kan Fong Kuen sekiranya berminat untuk mendapatkan pengalaman membuat Pengaturcaraan Scratch.

Scratch - Cloning the Sprite!

Bolehkah kita KLON sprites tanpa melibatkan teknologi bio-genetic? Jawapannya "Ya, Boleh!" Di bawah kategori "Control" terdapat blok "Create clone of ...", ia dapat memperbanyakkan Sprite mengikut parameter yang anda tetapkan.

Dibentangkan  dua projek pengaturcaraan Scratch yang merupakan usaha mencuba blok kod ini.

Yang pertama ialah berbentuk animasi dalam bentuk cerita pendek. Sprite akan klon dengan sendiri. 

Kan, Sumitra Fong Kuen. (2016). Oops... Which one is ME and I? [Story, Animation]

Yang berikut merupakan percubaan menghasilkan projek Scratch untuk mengeklon Sprite dengan menggunakan"magical wand".



* Sila hubungi Cik Kan Fong Kuen sekiranya berminat untuk mendapatkan pengalaman membuat Pengaturcaraan Scratch.


Wednesday, 28 December 2016

Scratch - Main skel muzik

Kita dapat menggunakan Scratch Programming untuk main skel muzik. Inilah projek mini yang mengarah Scratch main skel C Major, C Minor dan C# Minor menggunakan alat muzik pilihan anda.

Arahan:
  • Klik butang bendera hijau untuk memulakan projek animasi, 
  • Klik butang merah untuk hentikan projek.
  • Klik ikon segi empat biru untuk mod Full screen.
  • Ikuti arahan Hostnya, Katie.
  • Selepas anda menaip jawapan ke dalam kotak mesej, klik butang "✔" ataupun enter untuk pengesahan.
  • Klik pada ikon alat muzik untuk membuat pilihan dan kemudian klik skel muzik yang ingin anda perdengarkan persembahannya.
 lihat projek lain>>

* Sila hubungi Cik Kan Fong Kuen sekiranya berminat untuk mendapatkan pengalaman membuat Pengaturcaraan Scratch.

Saturday, 27 August 2016

Scratch programming

Terdapat ramai pengubal projek Scratch yang telah menghasilkan projek yang amat menarik, dibenamkan beberapa contoh projek untuk penghayatan anda:

Contoh Projek #1 Pokescience. (2016). Colorful Narwhal Remixed.  https://scratch.mit.edu/projects/116363872/#player
 
* Cuba gerakkan Narwal melalui gerakkan tetikus anda, klik kekunci "G" untuk melihat kesan istimewa.

Contoh Projek #2 : Rosyda. (2016). How to anime in vector. https://scratch.mit.edu/projects/118919438/


*Cuba gunakan kekunci anak panah untuk maju ke babak yang seterusnya.

Berminat untuk membelajari Scratch Programming? Sila klik pautan yang berikut untuk mengikuti tutorialnya:
Scratch Wiki. https://wiki.scratch.mit.edu/wiki/Scratch_Wiki:Table_of_Contents

Sunday, 14 August 2016

Mari tangkap POKEMON - Tahap Permulaan

          Kemahiran Pemikiran Komputasional dimanifasi dalam bentuk penggunaan kod dalam algoritma. Salah satu bentuk bahasa pengaturcaraan visual yang diperkenalkan kepada murid sekolah adalah Scratch Programming Projects, ciptaan Massachusetts Institute of Technology (MIT).

          Murid-murid perlu merancang dan menyediakan algoritma bagi menyelesaikan masalah yang diberikan dalam bentuk simulasi. Mereka perlu menguasai kemahiran pemikiran komputasional yang asas seperti "Decompose", "Abstraction", "Evaluation", "Algorithm"  dan sebagainya bagi memecahkan tugasan kepada langkah-langkah yang berturutan secara logikal. Procedur asas ini diterjemahkan dalam bentuk algoritma yang boleh dipersembahkan dalam bentuk animasi melalui Scratch Programming. Bagi kurikulum KSSR yang sedia ada, murid-murid Tahun 6 didedahkan dengan kemahiran ini dalam mata pelajaran TMK dan ia dilanjutkan pada peringkat sekolah menengah nanti.

          Yang berikut merupakan sebuah projek Scratch Programming yang mudah yang melibatkan kemahiran asas pada tahap permulaan:


 Sumitra Kan Fong Kuen. (2016). Catch Pokemons.

          Program ini melibatkan aplikasi konsep dan kemahiran dalam kategori "motion", "looks", "operator", "data", "events" dan "control".

Catatan:
Projek Robotics merupakan komponen STEM  yang  melibatkan penggunaan kod pengaturcaraan EV3 Mindstorm ProgrammerApp LEGO. Ia tidak menggunakan bahasa pengaturcaraan Scratch Programming.