-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Showing posts with label Pemikiran Komputasional. Show all posts
Showing posts with label Pemikiran Komputasional. Show all posts

Thursday, 10 November 2016

Perkongsian maklumat mengenai TMK dan Pemikiran Komputasional merentasi Kurikulum KSSR Semakan 2017

PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL (PK)

 Senario Malaysia: 1 | 2 | 3 | 4 || Pemikiran Komputational : Leraian | Peniskalaan | Pengecaman Pola | Logik | Algoritma | Penilaian || Contoh Aktiviti Unplug | Latihan Scratch : Pengenalan | Kurikulum | Latihan Asas: Scratch 1.4 | Scratch 2.0



Cik Sumitra Kan telah menghadiri Mesyuarat Pengubalan Modul ToT Pemikiran Komputasional di Knowledge Workers Development Centre, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Cyberjaya, Selangor pada 7 - 10 November 2016.

Pada 9 November 2016, MEDC telah menjemput Pn. Sh. Faridah Sy. Khalid daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) untuk berkongsi maklumat mengenai penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Pemikiran Komputasional (PK) merentasi Kurikulum KSSR semakan 2017.

Mulai 2017, TMK diserapkan dalam semua mata pelajaran Tahun 1 dan semua guru mata pelajaran bertanggungjawab membimbing semua murid untuk menguasai kemahiran asas TMK. Setiap mata pelajaran akan mengajar antara 1-3 modul aplikasi sehingga keseuma 19 modul aplikasi telah disampaikan.

Terdapat dua buah modul, iaitu Modul Asas Kemahiran TMK dan Modul Aplikasi. Modul Asas TMK memfokus kepada literasi komputer dengan menyediakan tutorial langkah demi langkah yang membantu murid menguasai kemahiran asas TMK, penerapan pemikiran komputasional dan penyediaan hasil kerja yang kreatif dan inovatif. Modul Aplikasi pula merupakan panduan pelaksanaan penerapan elemen TMK dan PK merentasi kurikulum.

Tuesday, 4 October 2016

Menghalusi Kemahiran Pemikiran Komputasional Siri 1 - Teknik Leraian (Decompose)

Klik untuk membaca:

 Senario Malaysia | Pemikiran Komputational : Pengenalan | Rasional | Konsep: Leraian | Algoritma |  |  | Contoh Aktiviti Unplug | Latihan Scratch : Pengenalan | Kurikulum | Latihan Asas: Scratch 1.4 | Scratch 2.0


Kemahiran Pemikiran Komputasional: Teknik Leraian (Decomposition)

Sebelum menyelesaikan masalah, terlebih dahulu perlu kita memahami masalah tersebut (BBC, 2016). Teknik leraian cuba meleraikan sebuah masalah yang kompleks kepada beberapa masalah yang lebih kecil kepada beberapa tugasan yang dapat ditangani satu per satu sehingga keseluruhan masalah selesai.

Kemahiran menganalisis membolehkan individu mengenalpasti apakah unsur ataupun subkomponen yang hadir dalam gambaran besar dan meleraikannya ke dalam sub komponen yang lebih halus. Keupayaan mengenalpasti struktur seperti masalah utama, faktor ataupun punca masalah, kesan yang dihadapi, pihak yang terlibat dan lain-lain lagi membolehkan individu mengenalpasti elemen ataupun subkomponen utama, ia menjadi asas untuk individu membuat penilaian, pemilihan dan membuat keputusan kemudian. Teknik leraian merupakan kemahiran yang yang mendahului proses penilaian dan mengabstrak elemen yang utama dan mengabaikan elemen-elemen lain yang kurang penting.



Contoh aktiviti "unplug" untuk pengukuhan teknik leraian ini:



Contoh aktiviti pembelajaran yang diintegrasikan dengan teknik leraian:

  • Sains - mengenalpasti bahagian tumbuhan / bunga, mengenalpasti kitaran hidup sesuatu jenis haiwan / tumbuhan.
  • Bahasa - menyediakan resepi masak nasi lemak / menyenaraikan bahagian-bahagian rumah ataupun bangunan, mengenalpasti struktur / pola ayat,  dll.
  • TMK - mengenalpasti elemen-elemen multimedia dalam sesebuah pakej pembelajaran interaktif, menamakan bahagian-bahagian dalam sebuah kamera digital SRL...


Klik untuk bacaan lanjut:

Google Open Online Education. (n.d.). What is computasional Thinking?


Rujukan

BBC. (2016). Introduction to computational thinking. http://www.bbc.co.uk/education/guides/zp92mp3/revision
Curriki. (2016). Computational thinking: Decomposition. [Video file]. Retrieved October 1, 2016 from https://www.youtube.com/watch?v=yQVTijX437c



Klik untuk membaca:

 Senario Malaysia | Pemikiran Komputational : Pengenalan | Rasional | Konsep: Leraian | Algoritma |  |  | Contoh Aktiviti Unplug | Latihan Scratch : Pengenalan | Kurikulum | Latihan Asas: Scratch 1.4 | Scratch 2.0

Thursday, 29 September 2016

Mesyuarat Perancangan Pembangunan Modul CPD Pemikiran Komputasional


Pada 26 - 29 Sep 2016, 12 orang pensyarah daripada beberapa IPGK telah berkumpul di MDeC, Bangunan Tech Mahindra, Cyberjaya untuk membangunkan modul CPD Pemikiran Komputasional untuk pensyarah-pensyarah IPGK. Projek ini adalah usaha sama IPGM dengan MDeC.

Modul ini bertujuan memperkenalkan konsep Pemikiran Komputasional dan bagaimana ia diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Peserta akan diberikan pendedahan kepada pengaturcaraan Scratch.