-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Saturday 22 April 2017

Bengkel Didik Hibur - Kamishibai 2017 Peringkat Antarabangsa

Pada 18-20 April 2017, rombongan IPGKTHO yang terdiri daripada seramai 25 orang pensyarah dari pelbagai jabatan dan lebih daripada 20 orang pelajar telah menghadiri Bengkel Didik Hibur - Kamishibai 2017 Peringkat Antarabangsa di IPGK Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak.

Program ini adalah anjuran bersama IPGK Tun Abdul Razak dan Taiyo Yuden (Sarawak) Sdn. Bhd. dengan usaha bersama IPGK Temenggong Ibrahim.

Tema

Tema Bengkel ini ialah "Kamishibai Penjana Kreativiti dan Inovasi"

Objektif Bengkel Didik Hibur



                                                                                Selain melalui proses pembelajaran, pengalaman seseorang itu juga berguna untuk menjadikannya lebih berketerampilan. Bengkel yang dianjurkan ini membolehkan para pensyarah, para guru dan para pelajar:
  1. Menimba ilmu tentang Teknik Bercerita Kamishibai yang selari dengan Sistem Pendidikan Kelas Abad 21 yang mementingkan pelaksanaan pembelajaran secara berkumpulan dan komunikasi dua hala.
  2. Meningkatkan kualiti kemahiran insaniah dalam tugas profesional sebagai pendidik menerusi perbandingan dan pengamatan sistem pendidikan yang diamalkan di Jepun.
  3. Memantapkan jati diri menerusi iktibar daripada sejarah Jepun yang terkenal dengan semangat patriotik dalam mempertahankan dan membangunkan tanah air.
  4. Menghasilkan bahan bantu belajar berdasarkan pembinaan teknik Kamishibai yang bermaksud ‘pentas kertas’ dalam pelbagai bentuk.
  5. Menerbitkan bahan bantu belajar hasil daripada bengkel Didik Hibur-Kamishibai.

Bengkel ini merupakan pendedahan kepada seni teater kertas Kamishibai (纸居宫)Jepun, iaitu antara teknik bercerita yang pernah disyorkan oleh Mohd. Gulam Jamaludin, Hazar Kamali Din, Hasniah Hussain dalam buku mereka yang bertajuk 15 Teknik bercerita, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2014.

 



Klik untuk membaca:

No comments: